Public Health Malaysia Merasakan Kesedihan Dan Kekecewaan Atas Peserta Perhimpunan Mahkamah

Public Health Malaysia Merasakan Kesedihan Dan Kekecewaan Atas Peserta Perhimpunan Mahkamah

Melalui post di Facebook, Public Health Malaysia merakamkan kekecewaan dan kesedihan atas peserta perhimpunan mahkamah yang berkumpul beramai-ramai tanpa ikuti SOP yang ditetapkan.

Sebentar tadi, dilaporkan lebih 700 peserta perhimpunan mahkamah berkumpul beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak yang telah pun disabitkan kesalahan atas kes SRC yang telah berlansung lebih 2 tahun. Mereka datang beramai-ramai sebagai pemberi semangat kepada pemimpin kesayangan mereka.

Semangat yang ditunjukkan sudah bagus tetapi bukan pada tempatnya. Ini kerana, Malaysia masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 yang kini sedang menunjukkan kenaikan kes sehingga 2 digit. Di tambah pula dengan himpunan yang tiada penjarakan sosial seperti itu.

Sedih Dengan Peserta Perhimpunan Mahkamah

Setiap hari bermula bulan Mac lagi, hari-hari Ketua Kesihatan kita, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya ikuti SOP yang ditetapkan seperti pemakaian face mask di tempat orang ramai, elakkan bersentuhan, kerap cuci tangan dan amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

Tetapi..

Dalam perhimpunan tersebut, tiada langsung penjarakan sosial berlaku. Seperti yang ditulis Public Health Malaysia di facebook, selain daripada tiada penjarakan sosial dan paling menyedihkan adalah banyak juga warga emas yang sangat tinggi risikonya dijangkiti virus tersebut.

Public Health Malaysia Merasakan Kesedihan Dan Kekecewaan Atas Peserta Perhimpunan Mahkamah

Justeru itu, dengan rendah diri Public Health Malaysia memohon kepada semua peserta perhimpunan supaya selepas ini,
  • Jika bergejala segera lakukan saringan
  • Amalkan penjarakan sosial
  • Pemakaian pelitup muka di tempat awam
  • Tidak meninggikan risiko orang terdekat


Selain daripada itu, DG Noor Hisham Abdullah juga meluahkan kekecewaan terhadap keadaan itu melalui akaun twitternya yang menyebut tiada kawalan kendiri berlaku ketika berhimpun.

Public Health Malaysia Merasakan Kesedihan Dan Kekecewaan Atas Peserta Perhimpunan Mahkamah

Tinggalkan lah masalah politik seketika, ini kerana musuh nyata kini adalah COVID-19 yang hanya boleh dilawan bila kita semua bersatu ikuti segala SOP yang ditetapkan. #KitaJagaKita

Post a Comment

Previous Post Next Post