Lihat Bagaimana Sebuah Bas Lama Melalui Perubahan Kepada Tempat Penginapan Yang Selesa

bas lama um ditukar menjadi airbnb

Lihat bagaimana transformasi atau perubahan yang berlaku terhadap sebuah bas lama yang tersadai kepada sebuah tempat penginapan yang cantik dan selesa untuk bermalam.

Inilah yang berlaku di sebuah kampus iaitu di Universiti Awam, apabila salah seorang pelajar postgraduate yang mengetuai The Rimba Project bagi mengubah sebuah bas UM yang lama kepada sebuah tempat penginapan AirBnb yang selesa.

Mungkin ada antara anda merupakan alumni Universiti Malaya yang sempat menggunakan khidmat bas ini bagi bergerak di dalam kampus. Bas tersebut telah tersadai di tepi jalan dalam tempoh yang lama. Jadi daripada melupuskannya, pelajar tersebut tampil dengan inisiatif yang lebih baik daripada membuangnya.

bas lama um ditukar menjadi airbnb

bas lama um ditukar menjadi airbnb

bas lama um ditukar menjadi airbnb

Bas lama tersebut telah melalui perubahan dan dibawa ke Rumah No 2. Universiti Malaya yang juga menempatkan penginapan AirBnb dalam bentuk rumah banglo. Jadi disana kini, anda boleh bermalam di dalam bas atau di dalam rumah banglo

Daripada Bas Lama Kepada Penginapan AirBnb

Ianya bukan sekadar penginapan biasa, ini kerana ianya juga boleh di dapati di dalam laman AirBnb sendiri. Jadi anda boleh menginap di rumah bas ini dengan membuat tempahan di sana. Anda boleh mula buat tempahan sekarang di sini dengan harga RM100 sahaja semalaman.

Perubahan tersebut hanya berlaku di dalam bas sahaja dan dikekalkan manakala bahagian luar, ianya dikekalkan dengan gambar dan seni bina bas lama UM tersebut.

Lokasi penginapan ini adalah terletak di Seksyen 16, Kuala Lumpur yang juga juga berada di dalam kawasan Rumah No 2 di Universiti Malaya.

bas lama um ditukar menjadi airbnb

bas lama um ditukar menjadi airbnb

Di dalamnya kini lengkap dengan sebuah katil queen, dapur masak, aircond, meja makan yang menghadap tingkap, singki, wifi dan sebagainya. Tandas yang disediakan dibahagian luar iaitu di dalam rumah banglo tersebut yang anda boleh akses setiap masa apabila anda bermalam di sana.

bas lama um ditukar menjadi airbnb

Jadi anda rasa nak bermalam dan bercuti di dalam bas yang ada katil dan tidak bergerak? Yang memberi keselesaan kepada anda yang ingin merehatkan minda ketika hujung minggu. Buat lah tempahan sekarang.

Post a Comment

Previous Post Next Post