Kini Semua Orang Boleh Menikmati Keenakan RotiBoy Sendiri Di Rumah

gambar via ash (foodhunter)

Rotiboy mengumumkan dimana kini anda boleh nikmati kesedapan dan kerangupan RotiBoy sendiri dengan dapatkan adunan yang disediakan dan boleh terus masak di rumah. Ikuti cara masak RotiBoy sendiri di rumah dengan hanya 5 langkah sahaja.

RotiBoy antara roti yang rangup dan sedap untuk dimakan dan dinikmati. Ianya sedap dan manis dimakan bila-bila masa dan dimana sahaja. Ianya sedap dimakan tanpa apa-apa tambahan sampingan lain.

Biasanya, kita boleh dapatkan roti ini di mana-mana shopping mall yang menjualnya. Ada kiosk kecil yang menjual roti dengan jenama RotiBoy. Ada perisa  original, buttermilkboy, mochaboy dan cheeseboy. Roti original sendiri yang rasa sedikit kopi itu juga sudah sedap. Jadi perisa original pun sudah sedap jika anda ingin beli di luar sana.

Tetapi kini, anda tak perlu bersusah payah untuk beli RotiBoy di luar sana, kerana anda sudah boleh masak atau bakar sendiri roti ini di rumah pada bila-bila masa sahaja. Rahsia resepi sudah tentunya pada doh roti itu. Jadi dengan itulah Rotiboy Malaysia telah menjual doh roti tersebut kepada orang ramai. Dapatkan RotiBoy anda sekarang.

langkah mudah bakar rotiboy sendiri

Kini semua orang boleh menikmati keenakan RotiBoy sendiri di rumah dan makan pada bila-bila masa sahaja.


Cara Masak RotiBoy Dengan Hanya 5 Langkah Sahaja

Terdapat 5 langkah mudah untuk anda masak RotiBoy ini yang disediakan oleh RotiBoy Malaysia. Secara asasnya, anda hanya perlu masak masak roti yang didatangkan dalam keadaan beku ini sahaja beserta topping krim bagi setiap perasa yang berbeza.



Langkah 1 : Tempah Doh dan Topping Krim RotiBoy

Tempah Doh dan Topping Krim RotiBoy

Anda boleh buat tempahan di Rotiboy Malaysia dengan dapatkan doh beserta topping krim. Ianya didatangkan dengan harga doh + topping (original) = RM33, (Buttermilkboy) = RM35, (Mochaboy) = RM35 dan (Cheeseboy) = RM38. Pada setiapanya, anda akan dapat 15 doh roti beserta topping. COD boleh, postage pun boleh.

Langkah 2 : Thaw & Proof

Selepas anda membeli doh tersebut, anda perlu simpan di dalam peti sahaja. Jangan biarkan ianya diluar. 

Untuk mula, anda perlu biarkan doh roti tersebut disejukkan dan akhirnya doh tersebut akan kembang dengan sendiri dalam proses Thaw & Proof ini.

Thaw & Proof rotiboy

Thaw & Proof rotiboy

Pastikan jarak doh yang diletakkan di atas loyang oven tersebut mestilah jarak 2 jari antara tepi loyang dan jarak 3 jari antara doh roti. Ini kerana, ianya akan kembang dan bagi mengelakkan doh tersebut melekat antara yang lain. Jangkaan masa lebih kurang 3 ke 4 jam.

Dalam masa yang sama preheat oven anda dalam suruh 170°C sebelum anda masukkan doh roti tersebut kelak.

Langkah 3 : Pipe

Pipe krim di atas doh rotiboy

Pipe krim di atas doh rotiboy

Inilah langkah yang paling penting. RotiBoy Malaysia sediakan piping bag dengan topping diisi di dalamnya. Anda hanya perlu gunting sedikit pada bahagian hujung bag tersebut. Kemudian layurkan ke atas seluruh doh roti tersebut secara sama. Selepas siap 'piping', barulah mula membakar di dalam oven.

Langkah ini anda boleh pilih dengan topping yang anda beli tersebut. Caranya sama sahaja. Ikut rasa kesukaan anda.

Langkah 4 :  Bake

mula bakar rotiboy

Langkah seterusnya adalah bakar doh roti bersama topping krim di dalam oven. Biarkan ia bakar di dalam oven dalam masa 15-18 minit untuk suhu yang sama tadi iaitu 170°C. Bila sudah siap, boleh keluarkan dan sedia dihidangkan.

Langkah 5 : Makan

dah siap rotiboy

Jika sudah siap, anda sudah boleh mula nikmati keenakan RotiBoy anda sendiri yang telah dibuat sebentar tadi.


Dapat baulah, sedapnya RotiBoy, min boleh la beli dan bakar sendiri je di rumah lepa ni.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended