Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Beroperasi Bermula 10 Jun Dengan Operasi Yang Ketat

Kedai Gunting Rambut Beroperasi Bermula 10 Jun

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan di dalam sidang media Keselamatan dimana bermula 10 Jun depan, kedai gunting dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat.

Jika dilihat daripada tarikh yang ditetapkan itu, ianya merupakan tarikh sehari selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat iaitu pada 9 Jun (Selasa). Tetapi kemungkinan PKPB akan dilanjutkan atau tidak, mungkin pada ahad ini akan dimaklumkan menerusi pengumuman khas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi

Kedai Gunting Rambut Beroperasi Bermula 10 Jun

Industri ini juga antara penyumbang kepada negara yang melibatkan 74,500 tenaga kerja daripada 16,728 perniagaan yang berdaftar seperti yang dilaporkan oleh astroawani.

Selain daripada khidmat gunting rambut, terdapat perkhidmatan lain seperti  cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka. Jadi boleh la selesaikan hajat yang telah lama dipendam sejak 18 Mac 2020 lagi kan.

SOP Yang Ditetapkan

Bagi pelanggan yang berusian 60 tahun ke atas, anda perlu terlebih dahulu membuat temu janji yang mana pastikan tiada individu lain yang berumur lain ketika khidmat gunting rambut sedang dijalankan ketika itu.

Manakala bagi ibu bapa yang menemankan anak-anak mereka berumur bawah 12 tahun, mereka perlu memakai pelitup muka dan apron pakai buang.

Bagi penggunting rambut, mereka perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi. Selain itu, perlu pakai pelindung muka, apron pakai bung dan sarung tangan

Untuk penjarakkan sosial, pengusahan perlu jarakkan antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post