5 Lokasi Wajib Datang Untuk Nikmati Ikan Patin Masak Tempoyak Di Temerloh

5 Lokasi Wajib Datang Untuk Nikmati Ikan Patin Masak Tempoyak Di Temerloh

Anda bercadang nak datang Temerloh tapi tak tahu nak singgah di mana? Jangan risau, anda boleh tengok sini senarai 5 lokasi kedai Ikan Patin Tempoyak Tersedap di Temerloh.

Rasanya 1 Malaysia dah tahu, kalau nak cari ikan patin segar dan rasai ikan patin masak tempoyak original, kena datang Temerloh. Sehingga kan bandar tersebut digelar sebagai Temerloh Bandar Ikan Patin kerana terkenal dengan ikan tersebut.

Ikan patin yang ada di Sungai Pahang ternyata mempunyai rasa manis isi sangat berbeza jika anda dapatkan ikan patin kolam yang berada di tempat lain. Sebabkan itulah, orang nak cari ikan patin, mesti datang Temerloh.

Patin Masak Tempoyak Di Temerloh

Tidak cukup dengan ikan patin, tambah pula masakan iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak yang tak boleh lawan dengan rasa di tempat lain. Seluruh Malaysia sanggup drive dan ride jauh-jauh untuk nikmati kesedapan patin tempoyak yang ada di Temerloh ni.

Hujung minggu, kalau takda geng motor dan kereta datang di kedai-kedai di Temerloh ni, memang tak sah la. Setiap minggu mesti kedai penuh la. Jadi kalau anda juga berhajat untuk datang ke Temerloh, anda boleh tengok sini senarai 5 kedai Ikan Patin Tempoyak yang tersedap di Temerloh.

1.   Selera Patin Bangau

Selera Patin Bangau

Antara tempat yang sangat di recommended oleh warga Temerloh sendiri iaitu di Selera Patin Bangau. Walaupun lokasinya tidaklah menarik, kerana ianya dibuka di kawasan rumah tuan kedai, tetapi rasa asli patin tempoyak sangat menyelerakan. Disini mereka fokus lebih kepada patin tempoyak sahaja beserta ulam-ulaman yang anda boleh add-on.

Lokasi : Selera Patin Bangau, Kg. Bangau

2.   Go'bang Maju Patin Tempoyak

Go'bang Maju Patin Tempoyak

Ini lah, jenama patin tempoyak paling terkenal di seluruh Malaysia berbanding kedai patin yang lain. Selain terkenal dengan patin tempoyak, mereka menyediakan pelbagai menu lagi. Ada udang galah, nasi kerabu, cendol, abc dan banyak lagi. Anda boleh datang daripada pagi sehingga malam selagi ikan patin tak habis. Lokasi pun menarik, ianya terletak di bawah pokok dan di tepi Sungai Pahang. Boleh cuci mata selepas makan.

Lokasi : Go' Bang Maju Patin Tempoyak, Jalan Triang, Temerloh

3.   Claypot Patin Tempoyak

Claypot Patin Tempoyak

Sedikit berbeza penyediaan hidangan patin tempoyak, ya ianya dihidangkan di dalam claypot. Dengan itu, hidangan patin akan kekal panas. Disini juga, mereka lebih fokuskan patin tempoyak sahaja selain daripada menu-menu lain. Datang kedai ni, kira kena makan patin tempoyak je la. Mereka berada di dalam banda Temerloh sikit, jadi kawasan adalah di lot kedai.

Lokasi : Claypot Patin Tempoyak, Temerloh

4.   C'Wok Cafe Patin Tempoyak

C'Wok Cafe Patin Tempoyak

Bagi anda yang bergegas untuk menuju ke destinas tetapi ingin rasa keenakan patin tempoyak temerloh, anda mungkin boleh singgah di C'Wok Cafe ini. Ini kerana lokasinya tidak jauh daripada exit Tol Temerloh. Bagi kedai lain yang disenaraikan ini, ambil masa 10-15 minit untuk sampai. Jangan risau, sedapnya patin tempoyak itu masih dapat dirasai. Kena cuba juga datang sini beb!

Lokasi : C'Wok Cafe Patin Tempoyak, exit tol Temerloh

5.   Kancil Raja Patin

Kancil Raja Patin

Selain Go'Bang Maju, Kancil Raja Patin juga terkenal di Temerloh dan seluruh Malaysia. Sudah ramai individu terkenal singgah di kedai ini. Setiap minggu, kalau tak cepat, memang penuh la kedai ni. Mereka ada menyediakan patin tempoyak, pais tempoyak, patin goreng dan menu-menu kampung lain juga. Tambah-tambah lagi, memang betul-betul tepi Sungai Pahang. Sedap la makan hada sungai.

Mungkin lepas ni Kancil Raja Patin kena tambah kapasiti kedai sikit la. Baru orang ramai boleh datang.

Lokasi : Kancil Raja Patin, Kg Bangau, Temerloh


sumber : hellocuti

Post a Comment

Previous Post Next Post