Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Yang Anda Kena Cuba

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Kepada peminat chocolate chip Famous Amos, selepas ini, apa kata anda cuba pula buat sendiri biskut ini sendiri di rumah. Jangan risau, di sini disediakan resepi biskut chocolate chip confirm jadi ala Famous Amos gitu.

Tambahan lagi, biskut chocolate chip ni siapa je tak suka, jadi kalau anda buat di rumah, pasti ahli keluarga ramai tertunggu dan meminatinya. Jadi apa kata, daripada anda beli di luar, anda cuba resepi biskut chocolate chip ni. Nanti dah siap, suruh mereka rasa.

Jadi anda boleh cuba resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos yang terkenal di pasaran tu. Resepi ini dikongsikan oleh Myra Chaqkey di facebook yang kini telah lebih 31K share tau. Orang kata, resepi ni tengah viral. Jadi jom kita tengok resepi biskut chocolate chip ni.

Resepi Cara Buat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Ikut perkongsian beliau, cara buatnya mudah sahaja, anda gaul pun tak perlu pakai mixer pun tetapi tetap sedap untuk dimakan. Apa tunggu lagi, jom cuba

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan B
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • 2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Cara Membuat

Semua bahan A, anda hanya perlu kacau hingga sebati sahaja. Bila sudah siap, masukkan pula bahan B

Gaulkan lagi dan rata semua bahan B kecuali cip coklat. Bila dan sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Sejukkan Adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

Sedia Dibakar. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Masukkan Dalam Oven Bakar 20 minit dengan suhu 150°C guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Jika biskut dah nampak macam mengembang dan mengeluarkan bau yang sedap, itu tandanya biskut sudah hampir masak dan sedia untuk dimakan. Kalau anda nak letak topping apa-apa terserah. Kalau dibiarkan kosong pun, ok dan dah cukup sedap.

Jadi bila dah berjaya dan nampak sedap tu, biarkan sejuk dulu. Dah ok, barulah makan beramai-ramai bersama keluarga. Mudah je kan cara nak buat bisku chocolate chip ala famous amos ni. Nanti dah pandai, boleh pula buka kedai sendiri.


Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda tau. Suruh mereka buat dan bagi anda rasa. Atau anda buat, bagi mereka rasa


sumber : Myra Chaqkey
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended