MDEC Sediakan 3800 Kursus Coursera Online Secara Percuma Kepada Golongan Yang Tidak Bekerja

kursus online secara percuma daripada mdec

Di kala penularan pandemik COVID-19 dan arahan PKP, sepertinya ramai pekerja yang telah dibuang kerja gara-gara majikan tidak dapat menggajikan pekerja kerana industri mereka tidak dibenarkan beroperasi.

Jadi golongan pekerja ini sudah pastinya kehilangan mata pencarian dan gaji bulanan seperti sebelum-sebelum ini. Untuk mencari pekerjaan baru, pastinya lebih sukar. Majikan ingin memberhentikan pekerja yang mana mungkin akan menerima pekerja baru buat masa ini.

Usaha MDEC Bagi Golongan Yang Kehilangan Pekerja

Jadi pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) telah tampil dengan inisitif bagi memberi peluang kepada golongan yang kehilangan pekerjaan ini menambah lagi skill dan mempelajari ilmu baru bagi terus bersaing dengan pekerja lain bagi merebut pekerjaan yang ditawarkan di laur sana. 

Inisiatif ini adalah pembelajaran Kursus Coursera secara percuma sehingga 3800 kursus yang ditawarkan. Anda boleh mendaftar kursus online ini di www.mdec.my/letslearndigital bermula 1 Mei hingga 30 September 2020. Anda boleh akses kursus ini secara percuma sehingga 31 Disember 2020. Jangan lepaskan peluang ini.

Jika anda daftar sendiri, anda perlu membayar USD399/tahunan. Untuk dapatkan secara percuma, anda daftar melalui pautan MDEC yang disediakan diatas melalui inisiatif 'Let’s learn Digital’ #mydigitalworkforce.

3800 kursus online ini adalah datang daripada universiti terkemuka dan pemain industri bagi mengajar kursus yang berasaskan digital yang kini sangat diperlukan bagi memenuhi tenaga kerja yang diingini.

Jadi jika, sudah berjaya menghabiskan sesebuah kursus ini, anda akan diberi sijil profesional yang sangat diperlukan sebagai added-value ketika mencari kerja baru kelak.

kursus online secara percuma daripada mdec

Antara kursus yang ditawarkan oleh MDEC melalui Coursera adalah seperti Automasi IT Google, SAS Programming, Intel dan banyak lagi. Selain itu, ada juga sesuai untuk golongan pelajar yang seperti data analisis, software development, arkitek awan dan sebagainya.

Jangan risau, kalau anda bukan pada bahagian IT, ini kerana MDEC yang ada menawarkan beberapa kursus kepada rakyat Malaysia seperti kemahiran dalam perniagaan, pelaburan yang berkaitan dengan era digital masa kini.

Bagi golongan pelajar yang ingin juga dapatkan added-value seperti ini, MDEC juga ada sediakan untuk anda. Pelajar universiti boleh melayari www.coursera.org/campus untuk tawaran kursus untuk peringkat Universiti

Post a Comment

Previous Post Next Post