Kedah Benarkan Pernikahan Tanpa Kursus Praperkahwinan Sepanjang PKPB



Pasangan pengantin baharu di Kedah, mereka dibenarkan untuk berkahwin tanpa kursus praperkahwinan sepanjang PKPB. Kelonggaran ini selari dengan normal baharu bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan COVID-19.

Kursus Praperkahwinan biasanya akan berlangsung di sesebuah tempat tertutup bersama dengan peserta yang ramai. Jadi keadaan ini tidak mengizinkan untuk dilaksanakan kerana arahan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan pandemik COVID-19 seluruh Malaysia.

Justeru itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil inisiatif dengan memberikan kemudahan kepada bakal pasangan yang akan berkahwin supaya boleh dilaksanakan tanpa kursus praperkahwinan. Ianya dikhususkan sepanjang PKPB ini.

Tidak Perlu Kursus Praperkahwinan

Menurut laporan astroawani, kursus praperkahwinan tidak diperlukan bagi pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh PKPB sebaliknya hanya perlu menghadiri temu duga ringkas.

Kedah Benarkan Pernikahan Tanpa Kursus Praperkahwinan Sepanjang PKPB

Menteri Besar Kedah memberitahu, sesi temu duga tersebut hanya dijalankan selama 15 minit sahaja oleh pegawai pejabat agama daerah dan mereka tidak akan dikenakan sebarang bayaran. 

Sesi temu duga ini akan berlansung pada hari akad nikah di pejabat agama Islam daerah di seluruh kedah. Ini bermakna, mereka boleh bernikah walaupun tanpa sijil praperkahwinan tersebut. Pastinya memudahkan urusan kepada pasangan yang telah merancang perkahwinan sebelum ini yang mungkin berlansung sepanjang PKPB ini.


Kedah dah memudahkan urusan bakal pengantin baharu, negeri lain bila pula kan??

Post a Comment

Previous Post Next Post