Bukan Sekadar Muzik. Ini 5 Kelebihan Spotify Yang Anda Perlu Tahu

Kelebihan Spotify Yang Anda Perlu Tahu

Selain daripada fungsi mendengar muzik, sebenarnya terdapat beberapa lagi kelebihan Spotify yang anda perlu tahu yang tiada pada platform muzik streaming yang lain. Jadi dengan langganan yang anda buat setiap bulan, nampaklah berbaloi-baloi.

Spotify salah satu platform muzik streaming yang ada di Malaysia selain daripada Joox, Apple Music, Youtube Music dan banyak lagi. Tetapi Spotify tampi dengan ciri-ciri tersendiri bagi bersaing dengan platform lain.

Untuk pengetahuan jika anda berminat untuk melanggan Spotify, anda boleh dapat Akaun Premium dengan bayaran RM14.90/sebulan bagi sebuah peranti sehingga RM22.40/sebulan untuk 6 peranti serentak. Anda boleh dapatkan melalui aplikasi Android dan iOS.

Terkini sehingga 30 Jun 2020, Spotify tawarkan langganan percuma selama 3 bulan bagi pengguna baru Spotify bagi sebuah peranti. alert-info

Jadi oleh itu, jom kita tengok 5 kelebihan Spotify yang tiada pada platform lain yang mungkin menarik minat atau mungkin anda perlu tahu sebagai pengguna Spotify

5 Kelebihan Spotify Terbaru


1.   Pembelian Tiket Konsert

Sebagai menjadi sebuah platform muzik, Spotify mengambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan pembelian tiket konsert secara online. Daripada mendengar muzik secara streaming, kini anda boleh terus merasai pengalaman mendengar muzik dan menonton secara live dengan cara membeli tiket konsert melalui Spotify ini. Konsert ini melibatkan seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Pembelian Tiket Konsert

Dapatkan akses tersebut dengan cara pergi pada bahagian tab Search dan cari Concerts. Kemudian Change Location berdasarkan dimana konsert tersebut akan berlangsung

2.   Bunyi ASMR  

ASMR (autonomous sensory meridian response) merupakan bunyi-bunyian ketengangan yang sesuai di dengari ketika ingin berehat seperti tidur. Bunyi-bunyi ini pastinya akan memberi ketenangan kepada pendengar seperti bunyi bunyi hujan, bunyi menulis di atas kertas, bunyi melipat kertas dan banyak lagi.

Bunyi ASMR

Anda boleh dapatkan bunyi ASMR ini dengan cara pergi bahagian tab Search dan cari Sleep. Kemudian pada bahagian ini anda cari ASMR Sleep Sounds.

3.   Dengar Buku Audio

Dalam Spotify selain daripada lagu, anda juga boleh dengar audio book kesukaan anda. Selain bunyian muzik, apa kata hayati bagi setiap bait-bait di dalam buku dalam bentuk audio. Jadi anda tidak perlu la membaca buku, tetapi mendengar buku kan. 

Dengar Buku Audio

Anda boleh cuba dengan buku audio dengan cara pergi ke tab Search dan klik Word. Kemudian cari Audiobooks dan boleh pilih buku mana yang anda mahu dengar.

4.   Belajar Bahasa 

Lebih menarik, Spotify juga anda menyediakan sesi pembelajaran iaitu belajar bahasa baharu selain daripada bahasa pertuturan kita. Mungkin di luar anda perlu membayar untuk belajar bahasa, tetapi di Spotify anda boleh dapatkan akses itu secara percuma dengan langganan yang dibuat selama sebulan. Dengar lagu boleh, belajar bahasa pun boleh.

Belajar Bahasa

Caranya anda pergi ke tab Search dan klik Word. Disini akan disenaraikan beberapa bahasa yang anda boleh pilih untuk belajar antaranya Chinese, French, Spanish, Russian, Italian dan banyak lagi. Tapi bahasa Melayu takda la.

5.   Praktis Meditasi

Jika anda biasa untuk praktis dan amalkan meditasi di pagi hari, Spotify ada menyediakan banyak bunyi dan muzik yang sesuai dengan aktiviti anda tersebut. Pastinya bunyi-bunyi ini akan memberi ketengangan sepanjang melakukan aktiviti meditasi ini. 

Antara kategori bunyi yang disediakan adalah seperti dalam kategori Yoga, Piano, self love, guitar dan banyak lagi. Bunyi-bunyi ini akan memberi inner peace kepada pendengar yang sedang praktis meditasi tersebut.

Caranya, anda boleh pergi ke tab Search dan klik Wellness. Kemudian cari dan klik Meditation atau mana-mana bunyi atau audio yang berkaitan.

Praktis Meditasi

Inilah antara kelebihan Spotify yang anda boleh peroleh. Selain daripada mendengar muzik sendiri, ada banyak lagi fungsi lain seperti yang disenaraikan di atas. 


Pengguna Spotify, apa lagi, terjah la fungsi-fungsi ni sekarang. Semoga bermanfaat


sumber : candymag

Post a Comment

Previous Post Next Post