Senarai Lokasi Bandar Warna-Warni Di Seluruh Dunia

Disebabkan lama dah duduk rumah ni, adalah terasa bestnya kalau dapat travel ke oversea, tengok budaya dah pemandangan negara lain kan.

Bandar Warna-Warni Di Seluruh Dunia

Tetapi tahukah anda, terdapat banyak tempat di dunia ini sebahagian bandar mereka berwarna-warni. Jadi kalau anda lihat daripada jauh bandar tersebut, nampak cantik la dengan colorful disetiap sudut. Memang jadi port Instagramble la jawabnya.

Mungkin pada awalnya, mereka warna secara rawak pada bangunan tersebut, tetapi kini sudah menjadi tempat pelancongan di negara mereka. Jadi jom kita tengok, kat mana bandar warnai-warni tersebut di seluruh dunia.

RIOMAGGIORE, ITALI

RIOMAGGIORE

Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancongan untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.

WILEMSTAD, NETHERLANDS ANTILLES

WILEMSTAD

Willemstad adalah bandar utama di Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean.

Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warni cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.

WROCLAW, POLAND

WROCLAW

Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom.

Disebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.

JODHPUR, INDIA

WROCLAW

Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru.

Apabila melihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum dikeatahui mengapa penduduk di Jadhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.

GUANAJUATO, MEXICO

GUANAJUATO

Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol.

Guanajuota membawa maksud bukit katal kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.

Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-keduanya merupakan UNECSO World Heritage Sites.

LONGYEARBYEN, SVALBARD, NORWAY

LONGYEARBYEN

Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai!

Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatar belakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.

LIMA, PERU

LIMA, PERU

Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan sahaja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza.

Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.

LA BOCA, BUENOS AIRES, ARGENTINA

LA BOCA, BUENOS AIRES

Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasikan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.

STOCKHOLM, SWEDEN

STOCKHOLM

Bandar Stockholm merupakan salah satu ibu kota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihibungkan oleh 57 jambatan.

Bandar ini berdiri pada abad ke-12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilingi air merupakan pakej menarik dari kota Stockholm ini.

NYHAVN, COPENHAGEN, DENMARK

NYHAVN

Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni.

Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoren yang indah sepanjang perairan.

Post a Comment

Previous Post Next Post