15 Resepi Biskut Dan Kuih Raya Popular Dan Sedap Yang Anda Boleh Cuba

15 Resepi Biskut Dan Kuih Raya Popular

Jika sudah tiba hari Raya tak sah kalau takda bisku raya kan. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah dengan senarai 15 resepi biskut raya popular ini yang anda boleh cuba. Pastinya bisku raya ini sedap dimakan.

Sekarang ini rakyat Malaysia lebih banyak masa berada di rumah jadi anda dapat lebih masa untuk masak dan buat kuih dan biskut raya bagi juadah wajib ketika Hari Raya yang bakal tiba nanti. Mungkin ada anak-anak yang request pada ibu-ibu mereka untuk makan kuih raya selepas ni, boleh buat sendiri sahaja.

Jadi jom kita tengok 15 resepi kuih raya popular yang anda boleh cuba di rumah dan boleh dihidangkan kepada ahli keluarga serta anak-anak.

1.   Biskut Cip Coklat

Biskut Cip Coklat

Biskut kesukaan anak-anak ini iaitu biskut cip coklat. Coklat juga menjadi kegemaran orang ramai termasuk anak-anak. Boleh cuba resepi ini.

Bahan-Bahan

  • 400 g tepung gandum
  • 230 g mentega
  • 100 g gula
  • 230 g gula perang
  • 100 g cip coklat
  • 300 g kekacang campurang (cincang)
  • 2 biji telur
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sd garam

Cara Memasak

  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul selama 30 minit
  2. Biarkan adunan selama 1 malam pada suhu 4०C
  3. Bentukkan doh bulan leper. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega
  4. Bakar pada suhu 180०C selama 20 minit.
  5. Siap!

2.   Biskut Badam

Biskut badam

Peminat kacang badam, mungkin ini resepi kegemaran anda. Jom cuba resepi biskum badam yang sedap ini.

Bahan-Bahan

  • 110 g tepung kek
  • 50 g tepung jagung
  • 100 g mentega
  • 60 g gula aising
  • 80 g serbuk badam
  • 20 g susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sk serbuk penaik
  • 250 g badam

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, gula aising dan kuning telur selama 10 minit
  2. Masukkan serbuk badam, tepung kek, tepung jagung, susu tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga sebati. Biarkan selama 1 jam pada suhu bilik
  3. Bentukkan doh mengikut kreativiti, sapukan telur dan letakkan badam di atasnya
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180०C selama 20 minit
  5. Siap!

3.   Tart Nenas

Tart Nenas

Ini rasanya memang kuih raya wajib setiap tahun. Setiap rumah pasti akan ada kuih ini dan biasa kuih ini pun hanya muncul masa raya sahaja

Bahan-Bahan

  • 3 1/2cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan butter@marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Memasak

  1. Satukan butter, esen vanila, kuning telur, susu pekat, pewarna dan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard uli hingga jadi doh lembut
  3. Bulat-bulat kan jem nenas
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, picit, letakkan jem dan gulung
  5. Sapu kuning telur di permukaan tart
  6. Bakar suhu 170०C api atas bawah selama 25 minit

4.   Semperit Susu

Semperit Susu

Semperit susu sedap dimakan di hari raya. Jika anda berminat, ikuti perkongsian resepi semperit susu Eida Izaidah di facebook

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 250 gm butter@marjerin
  • 170 gm susu pekat (saya guna 150gm je)
  • 1 sk Esen vanila
  • Pewarna kuning 3 titik

Bahan B
  • 400 gm tepung jagung cap bintang
  • 1 sb tepung beras
  • 3 sb tepung kastard

Cara Memasak

  1. Satukan bahan A kemudian kacau hanya sekadar sebati ja. Kalau saya lebih kurang 10 kali kacau je sebab takmahu kembang
  2. Masukkan bahan B, uli sampi jadi doh tidak melekat di tangan
  3. Terap dan letakkan choc chip @ ceri ikot kesukaan
  4. bakar suhu 160०C selama 30 minit sehingga masak

Tips
  • Semperit ni tak payah anginkan ..lepas terap terus bakar..insyaa allah bunga takkan jatuh
  • Adunan ni dah elok-elok lembut ditekan. Kena tekan cepat-cepat takut lama-lama nanti adunan akan jadi keras dan sakit jari nak tekan.
  • Saya memang guna penimbang sebab boleh masuk terus dan tidak guna sukatan cawan sebab malas nak basuh cawan.
  • Ttips nak tahu biskut masak, tapak dia perang @ boleh tekan biskut ni kalau pecah,dia masih belum masak. Kena sambung bakar sampai tekan dan tak pecah

5.   Biskut Red Velvet

Biskut Red Velvet

Red velvet sedap dimakan di pagi raya. Makan beramai-ramai, pasti sedap.

Bahan-Bahan

  • 1/2cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit pewarna oren
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh emplex
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Coklat chip
  • Almond nips

Cara Memasak

  1. Satukan butter, gula, esen vanila, minyak sapi, kuning telur kacau hingga sebati
  2. Masukkan baking powder, soda, cuka, pewarna dan serbuk koko dan kacau lagi
  3. Masukkan emplex tepung jagung, dan tepung gandum
  4. Tambah kan coklat chips dan almond nips uli hingga sebati
  5. Sejukkan doh dalam peti sejuk lebih kurang 30minit
  6. Panaskan oven
  7. Cubitkan doh dan bakar suhu 170°C selama 25minit
  8. Siap!

6.   Biskut Arab

Biskut Arab

Nama je arab, tapi kuih ni takda pun di Arab. Ada di Malaysia je dan ianya sedap disaluti gula manis.

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum disangai
  • 1 cawan gula halus@gula aising
  • 1 cawan minyak sapi (suhu bilik)
  • 2 sudu besar buttercup
  • 1 cawan susu tepung (brand apa-apa pun boleh)
  • Pewarna kalau nak

Cara Memasak

  1. Satukan tepung, gula, susu tepung gaul rata
  2. Tuang minyak sapi, buttercup dan gaul sebati
  3. Gaul hingga jadi doh
  4. Bulat-bulat kan doh bakar suhu 160°C selama 18-20minit api atas bawah
  5. Biskut yang dah sejuk boleh di salut@tabur gula halus

7.   Biskut Green Peas

Biskut Green Peas

Kali ni kita buat dan ikut resepi untuk kuih warna hijau pula iaitu biskut Green Peas.

Bahan-Bahan

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan tepung kacang peas
  • 1 sudu serbuk badam
  • 1 sudu teh emplex
  • 2 cawan gula halus
  • 4 sudu makan butter@marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan minyak mazola

Cara Memasak

  1. Satukan semua bahan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit
  2. Gaul hingga rata
  3. Bentukkan doh dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur
  4. Bakar suhu 170°C api atas bawah selama 20-25minit
  5. Biarkan sejuk dah boleh makan. Siap!

8.   Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Rasanya inilah kuih raya yang paling mudah nak buat. Jom buat conflakes madu

Bahan-Bahan

  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan madu
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • Cornflakes secukupnya

Cara Memasak

  1. Cairkan butter dalam kuali dan masukkan gula madu dan susu pekat
  2. Tunggu hingga berbuih dan masukkan cornflakes gaul hingga rata
  3. Sudukan ke dalam papercup & taburkan coklat rice
  4. Bakar suhu 150°C selama 5 minit
  5. Siap!

9.   Brownies Cookies

Brownies Cookies

Biasa brownies kita buat kek, kali ni kita buat biskut brownies pula.

Bahan-Bahan

  • 350 gm coklat masakan (nina guna yang timbang je, takde brand)
  • 4 sudu besar marjerin pelangi, (nak guna butter pun boleh) *double boiler kan coklat & marjerin(nina cairkan atas periuk pengukus)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen
  • 1 cawan gula halus(di ayak) nina blend gula biasa je
  • 1 cawan tepung gandum+2sudu besar serbuk koko (ayak)

Cara Memasak

  1. Whisk telur dan esen vanila hingga berbuih (nina whisk guna garfu je)
  2. Masukkan gula dan whisk hingga gula larut(pastikan betul betul larut ehh)
  3. Masukkan coklat & marjerin yg di double boilerkan dan kacau hingga sebati(semasa panas2)
  4. Masukkan tepung & serbuk koko dan sebatikan
  5. Perap adunan 20 minit (tutup permukaan mangkuk adunan)
  6. Panaskan oven suhu 170°C
  7. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paipkan adunan
  8. Tabur badam
  9. Bakar suhu 150°C api atas bawah 25-30minit
  10. Tunggu sejuk baru cookies rangup. Siap!

10.   Kuih Tart Epal

Kuih Tart Epal

Kalau nak rera sikit tahun ni, instead of Tart Nenas, kita cuba resepi Tart Epal. Tukar warna pula

Bahan-Bahan

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan butter@marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Sedikit pewarna hijau epal

Cara Memasak

  1. Satukan butter, esen vanila, kuning telur, susu pekat, pewarna dan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard uli hingga jadi doh lembut
  3. Bulat-bulat kan jem epal
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, picit, letakkan jem epal dan gulung
  5. Bakar suhu 170०C api atas bawah selama 25 minit

11.   Cornflakes Crunchy Cookies

Cornflakes Crunchy Cookies

Untuk buat biskut conflakes ini mudah sahaja. Ikuti perkongsian resepi daripada Husreezal Rushdee Husin di facebook 

Bahan-bahan 

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200 g buttercup (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telor

Cara Memasak

  1. Gaul gula & butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur & kacau rata.
  2. Masukkan Campuran tepung & baking powder serta cornflakes, gaul sebat.
  3. Panaskan oven selama 10 minit dgn suhu 170°C
  4. Acukan guna sudu makan adunan dan susun dlm dulang pembakar
  5. Bakar selama 15 - 20 minit dengan kepanasan atas bawah
  6. Sejukkan sebelum disimpan dlm balang. Siap!

12.   Biskut Sarang Semut


Kuih sarang semut ni bukan makan semut tau, bentuk je sama. Tapi rasa memang sedap la. boleh cuba

Bahan-Bahan

  • 1 cawan butter@marjerin
  • 1/2cawan gula
  • 2 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Tepung kastard
  • Pewarna kuning
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Coklat rice

Cara Memasak

  1. Mix butter dan gula hingga sebati
  2. Masukkan 2biji kuning telur dan sedikit esen vanila. Godek-godek pakai senduk je
  3. Masukkan sedikit pewarna kuning dan 2 sudu makan tepung kastard
  4. Masukkan 1 cawan tepung jagung, 2 1/2cawan tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder. Uli hingga rata
  5. Masukkan doh ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit
  6. Ambil doh dan parutkan dan isi ke dalam paper cup
  7. Taburkan coklat rice
  8. Bakar suhu 160°C api atas bawah selama 20-25minit
  9. Siap!

13.   Rainbow Cookies

Rainbow Cookies

Biskut Rainbow atau biskut Lidah Kucing yang orang panggil ini persembahan sangat menari sebab warna-warni. Budak-budak suka ni

Bahan-Bahan

  • 1 ketul buttercup@kalau nak guna marjerin 1 1/4cawan
  • 150 gm gula halus
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Putih telur 100gm(dalam 4biji)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Emplex 1/2 sudu teh(emplex jangan kurang nanti cookies tak garing@rangup

Cara Memasak

  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung,emplex
  2. Putar buttercup dan gula hingga kembang
  3. Masukkan putih telur dan mix lagi
  4. Slow kan mixer dan masukkan tepung yang diayak, mix sekejap je
  5. Bahagikan dan letak pewarna
  6. Masukkan dalam piping beg dan picit adunan (acuan disapu marjerin)
  7. Bakar suhu 160-170०C api atas bawah 20-25 minit bergantung pada oven

Tips
  • Jangan terlebih bakar nanti kaler tak cantik
  • Guna pewarna star brand letak sikit pun dah pekat warna dia
  • Warna purple tu  mix kan kaler pink+biru

14.   Biskut Kulit Jering

Biskut Kulit Jering

Biskut Kulit Jering atau nama lain adalah bisku pasir. Mudah dibuat dan disediakan dan pastinya sedap. Ikuti resepi daripada Syuhalla Mustapha di facebook

Bahan-Bahan

  • 1 cawn majerin
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2sudu teh air rose putih/esen rose
  • 2 1/2 cawan gandum
  • Van hounten koko atau mana-mana serbuk koko
  • 2 biji tlur itik direbus dan ambil kuningnya sahaja. (nak guna telor ayam pun boleh) dilenyek

Cara Memasak

  1. Kacau gula dan majerin (guna senduk je)
  2. Lepas nampak sebati dan gula hancur sikit masukkan esen vanila air rose.
  3. Kemudian masukkan telur itik dan kacau sampai sebati telur dan gula hncur.
  4. Lepas tu boleh la masukkan gandum dan uli sampai doh lembut dan tak lekat kat tangan dan senang untuk diterap.
  5. Kemudian bagi dua doh. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Satu bahagian warna asal.
  6. Ambil satu bahagian koko, buat kan panjang dan satu bahagian ori buatkan panjang.
  7. Gabungkan dua tu. Lepas tu masukkan dalam acuan. Tekan dan potong dengan pisau tebal mana kita nak.
  8. Bakar 170०C selama 15 minit atau bergantung pada suhu masing-masing
  9. Siap!

15.   Almond London

Almond London

Ini juga kuih wajib di hari raya yang dibawa daripada London. Kalau takda kuih ni, macam sempurna raya. Jom cuba resepi Almond London.

Bahan-Bahan

  • Badam disangai hingga rangup
  • 1 ketul buttercup atau 1 1/4cawan marjerin
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 sudu makan minyak masak@minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2cawan nestum kisar
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder

Bahan Coklat

  • 350 gm@ 4 blok coklat masakan
  • 3 sudu makan shortening

Cara Memasak

  1. Satukan semua bahan kacau pakai senduk je
  2. Kemudian masukkan nestum, susu tepung, tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, baking powder.
  3. Uli hingga jadi doh
  4. Isikan badam dan bulat bulatkan doh bakar suhu 170०C api atas bawah 25-30 minit
  5. Coklat : double boilerkan hingga larut
  6. Celupkan biskut dan tabur badam yang disangai
  7. Siap!


sumber : Raja Amanina

Post a Comment

Previous Post Next Post