Russo Brothers Dedahkan Shot Kegemaran Di Dalam Avengers: Endgame

Russo Brothers Dedahkan Shot Kegemaran Di Dalam Avengers: Endgame

Sudah setahun rupanya sejak Avengers: Endgame ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2019 yang lepas. Filem itu juga memberi fenomena terbaru dimana menjadi filem kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman.

Filem yang diarahkan oleh Russo Brothers ini merupakan filem kesinambungan daripada beberapa siri filem MCU yang dimulai pada tahun 2009 dengan filem Iron Man. Selepas itu, diakhiri dengan filem Avengers: Endgame dalam fasa 3. Filem MCU selepas ini adalah dalam fasa 4.

Rasanya hampir semua pernah menontong Avengers: Endgame sama ada di pawagam, streaming, Astro, dan beberapa platform lagi. Ianya menceritakan sekumpulan adiwira bertarung melawan musuh demi menyelamatkan universe.

Russo Brothers Dedahkan Shot Kegemaran Di Dalam Avengers: Endgame

Baru-baru ini, comicbook telah mengadakan acara #QuarantineWatchParty dengan menjemput pengarah Avenger: Endgame, Russo Brothers bagi menyantuni peminat-peminat filem MCU khususnya Avengers melalui platform Twitter Comicbook.

Mereka menceritakan pelbagai perkara berkaitan Avengers: Endgame dan salah satu adalah shot mana yang menjadi kegemaran pengarah, Anthony Russo dan Joseph Russo ini. Melalui akaun twitter, beliau memberi tahu shot kegemaran mereka adalah ketika shot di luar tingkap bila Steve Rogers (Captain Amerika) dan Peggy sedang menari di dalam rumah.


Itulah pandangan seorang pengarah yang berada di tempat tersebut. Kalau tanya admin sebagai penonton, pasti babak "Assembles" yang menjadi babak atau shot yang paling menarik di kaca mata seorang penonton seperti kita kan.

via GIPHY


sumber : comicbook

Post a Comment

Previous Post Next Post