Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja Ini Dapat Lebih 20 Ribu Share Di Facebook

Disebabkan Ramadan kali ni tiada Bazar Ramadan untuk dapatkan Taufu Fa, apa kata anda buat ikut resepi ini dengan hanya menggunkan 3 bahan sahaja.

Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

Perkongsian resepi ini mendapat lebih 20 ribu share di facebook apabila Anna Rashid berkongsikan cara membuat Taufu Fa dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Katanya rasa pun sama seperti bila anda beli di pasar malam atau Bazar Ramadan.

Pasti ramai peminat Taufu Fa, lagi-lagi bila dapat rasa masa bulan puasa ketika berbuka ni kan. Dengan bahan-bahan yang diperkenalkan dengan cara membuatnya, kini anda boleh cuba untuk buat Taufu Fa sendiri di rumah.

Tiada Bazar Ramadan, tiada pasar malam, tiada masalah. Jom kita buat Taufu Fa sendiri di rumah sahaja.

Resepi Cara Buat Taufu Fa Ala Pasar Malam

Penggunaan kuantiti bahan mungkin berbeza jika menggunakan bekas yang berbeza. Jadi untuk lebih mudah, ikut sahaja kuantiti bahan yang dicadangkan seperti dibawah

Bahan-Bahan

  • Air Soya kota
  • Gula melaka 1 keping
  • Agar-agar
Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

Cara Memasak

1.   Masukkan air 1 cawan dan agar-agar (kalau 12 gram ambil separuh sahaja bagi mengelakkan ianya jadi puding nanti). Gaul sehingga larut.

2.   Jika agar-agar sudah larut, masukkan Soya 2 kotak atau 2 liter. Jika ianya kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula.

Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

3.   Biarkan sehingga mendidih. Jika sudah, masukkan ke dalam bekas besar dan kemudian boleh masukkan kedalam peti untuk 2-3 jam. Ketepikan dahulu

Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

4.   Masukkan gula melaka 1 keping dan 2 sudu gula putih bersama-sama 3 cawan air. Masukkan juga daun pandan dan halia sedikit. Jangan lupa tapis. 

Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

5.   Jika sudah siap boleh sejukkan sedikit dan kemudian dah boleh makan. Siap!

Resepi Taufu Fa Dengan 3 Bahan Sahaja

Post a Comment

Previous Post Next Post