E-Bazar Ramadan Selangor Grab Diperkenalkan Bagi Menggantikan Bazar Ramadhan

Kerja yang cukup pantas diberikan oleh Kerajaan Selangor susulan pembatalan Bazar Ramadhan yang diumumkan pada awal April yang lepas. Kini alternatif untuk anda, E-Bazar Ramadan Selangor Grab diperkenalkan.

E-Bazar Ramadan Selangor Grab Diperkenalkan Secara Online

Dengan beberapa negeri yang telah membatalkan Bazar Ramadhan disebabkan krisis COVID-19 ini termasuk negeri Selangor, jadi pastinya alternatif perlu dibuat jika ingin meneruskan acara ini tetapi tidak melibatkan pengumpulan orang ramai atau mass gathering

Perkara ini dinyatakan di dalam kenyataan media yang disiarkan pada 8 April 2020 melalui akaun twitter rasmi Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari.

E-Bazar Ramadan Selangor Grab

E-Bazar Ramadan Selangor Grab Diperkenalkan Secara Online

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu Grab Malaysia. Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor GRAB membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan selain dari memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian.

Aplikasi Grab

Konsep Bazar Ramadan Digital ini hanya membenarkan pembelian secara online sahaja melalui aplikasi Grab dan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen). Di peringkat Kerajaan Negeri pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.

Pihak Grab telah menyediakan pautan khas berkaitan dengan E-Bazar Ramadan melalui pautan ini https://www.grab.com. Disini disediakan FAQ yang sedikit penerangan bagi setiap servis yang disediakan.

Kerja yang cukup pantas diberikan oleh Kerajaan Selangor susulan pembatalan Bazar Ramadhan yang diumumkan pada awal April yang lepas. Kini alternatif untuk anda, E-Bazar Ramadan Selangor Grab.

Siapakah yang layak untuk mendaftar, bagaimana dan cara jika anda ingin mendaftar dan sebagainya. Jika anda ingin menjual ayam golek ke, murtabak ke, kuih muih dan sebagainya. Anda boleh dapatkan maklumat di pautan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post