Sukarelawan Akan Di Bayar RM19,000 Bagi Menjadi Bahan Uji Kaji COVID-19

Mirror melaporkan dimana, anda akan dibayar RM19,000 bagi menjadi bahan uji kaji kepada virus COVID-19 yang sedang melanda dan menyerang manusia di seluruh dunia.

Sukarelawan Akan Di Bayar RM19000 Bagi Menjadi Bahan Uji Kaji COVID-19

Kita sedia maklum, dari hari ke hari pastinya kita dengar kese wabak COVID-19 ini sentiasa bertambah dan tidak nampak trend penurunan. Di Malaysia sahaja, katanya telah mengalami gelombang ke 2 dah pun dimana lebih ramai lagi kes yang dilaporkan.

Di negara lain kes bertambah dan juga menyebabkan kematian. Virus ini seakan tidak mampu dilawan setakat ini kerana antidot atau vaksin masih lagi tidak berjaya dihasilkan. Kita tahu para saintis kini bekerja keras bagi menghasilkan vaksin yang mampu membendung wabak ini daripada tersebar.

Sukarelawan Di Bayar RM19,000

Berkaitan dengan vaksin ini, tahukah anda, ada para saintis telah menawarkan bayaran £3500 (~RM19,000) kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi sukarelawan bagi penghasilan vaksin yang akan digunakan kepada mereka yang dijangkiti COVID-19.

Sukarelawan Akan Di Bayar RM19000 Bagi Menjadi Bahan Uji Kaji COVID-19

Dalam laporan daripada tabloit UK, Mirror itu juga, sebanyak 24 sukarelawan diperlukan bagi 2 jenis coronavirus iaitu OC43 dan 229E yang katanya mempunyai sifat yang sama seperti COVID-19.

Antara syarat yang dikenakan kepada para sukarelawan adalah mereka dilarang untuk berhubung dengan dunia luar dan dilarang melakukan apa-apa senaman. Tambahan lagi, gaya pemakanan mereka juga akan dikawal sepanjang proses uji kaji dilakukan.

Tetapi jangan risau, katanya sukarelawan akan dihiburkan dengan permainan video dan tayangan televisyen bagi membuang rasa bosan. 

Adakah dengan bayaran ~RM19,000, anda sanggup untuk menerima tawaran ini dengan menjadi bahan uji kaji bagi penghasilan vaksin COVID-19?

Diharap juga, virus yang menyerang di seluruh dunia ini akan dapat dibendung secepatnya supaya segala masalah akan selesai.


sumber : mirro.co.cuk

Post a Comment

Previous Post Next Post