Kenyataan Daripada Menteri Hal Ehwal Agama Berkenaan Berkenaan COVID-19

Menteri Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan arahan berkaitan kes COVID-19 yang sedang melanda di negara Malaysia.

Kenyataan Daripada JPM (Hal Ehwal Agama) Berkenaan Berkenaan COVID-19

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Menteri Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan beberapa arahan berkaitan COVID-19 dan juga hal ehwal agama seperti solat Jumaat, aktiviti keagamaan untuk kesiapsagaan membendung penularan virus tersebut.

Menyambut saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YB Senator memohon kepada peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Sila hubungi CPRC Hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah atau Negeri seperti dibawah

Kenyataan Daripada Menteri Hal Ehwal Agama Berkenaan Berkenaan COVID-19

Macam Mana Solat Jumaat dan Aktiviti Keagamaan Lain?

Sekiranya keadaan wabak COVID-19 masih terkawal (menurut KKM), solat jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti :

  1. Khutbah dipendekkan
  2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi
  3. Mereka yang ada simptom COVID-19, tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
  4. Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan

Kenyataan Daripada JPM (Hal Ehwal Agama) Berkenaan Berkenaan COVID-19

Sekiranya keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM):

  1. Solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing
  2. Dalam hal ini, terdapat beberapa garis panduan :
    1. Larangan tersebut perlu dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    2. Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak
    3. Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut
    4. Pihak yang bertanggunjawab seperti KKM telah menjalankan pemeriksaan yang rapi jemaah yang menghadiri masjid ataupun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak


sumber : kenyataan media Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) 

Post a Comment

Previous Post Next Post