Ciri Yang Ramai Tak Tahu Ada Pada Twitter

Sebenarnya banyak ciri yang ramai tak tahu ada pada Twitter. Sekali gus ciri-ciri ini lebih memudahkan kita memaksimakan penggunaan Twitter itu sendiri.

Ciri Yang Ramai Tak Tahu Ada Pada Twitter

Twitter merupakan salah satu medium media sosial yang terkenal di dunia dan juga di Malaysia. Jika pada 2018 sahaja lebih 7 juta pengguna yang aktif di Malaysia menggunakan platform Twitter ini. Sedikit sebanyak mengambarkan kita, ramai sebenarnya yang berminat untuk tweet atau membuat ciapan di disini.

Sebenarnya di Twitter terdapat banyak ciri-ciri yang kita tak tahu atau tak perasan yang boleh kita guna bagi mendapatkan lebih informasi dan juga memaksimakan penggunaan. Kebanyakkannya ciri ini tidak disediakan oleh pihak Twitter sendiri sebaliknya dicipta daripada pihak-ketiga untuk memudahkan kita.

Sebagai contoh, di Twitter sebenarnya anda boleh download video yang ada di dalamnya. Anda boleh dapatkan reminder kepada tweet yang anda rasa nak baca kemudian atau anda nak cari Tweet yang mempunyai banyak Retweet.

Jadi disini, anda boleh lihat 5 ciri Twitter yang ramai yang tidak tahu dan sekali gus lebih memudahkan kita untuk terus bersama Twitter.

5 Ciri Yang Ramai Tak Tahu Ada Pada Twitter

Ciri atau fungsi ini kebanyakkannya boleh dibuat menggunakan smartphone sama ada Android mahupun iPhone. Kita rakyat Malaysia mungkin menghabiskan masa dengan memegang phone je kan. Ianya bagus kalau ke arah kebaikkan.

#1.  Cari Tweet Lama Dengan Mudah

Kalau kita sudah daftar akaun Twitter sejak 2010 dan kita tweet hampir setiap hari, mungkin tahun 2020 ni, jumlah tweet kita sudah capai 50,000 - 70,000 tweet. Semua tweet kita tidak akan hilang, jangan risau. Tapi tiba-tiba kita nak cari tweet lama kita dalam 50k tersebut. Untuk cari secara manual, sudah tentu takkan jumpa punya apatah lagi tweet minggu lepas kan.

Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula tweet lama tersebut dengan mudah. Anda boleh guna aplikasi Twitter sahaja. Caranya adalah seperti berikut:

taip dibahagian search pada bahagian atas

from:username<jarak>katakunci

contoh : from:shopeeMY beli

Cari Tweet Lama Dengan Mudah

Kemudian akan dikeluar senarai tweet anda yang mempunyai perkataan 'beli'. Anda juga boleh masukkan username akaun lain juga. Boleh cari tweet daripada akaun twitter pengguna lain juga. Tidak kiralah tweet tahun bila pun, kesemuanya akan ditunjukkan

#2.  Buat Reminder Bagi Mana-Mana Tweet Yang Kita Mahu

Ini merupakan ciri atau fungsi yang dihasilkan oleh third-party dengan menggunakan nama account @RemindMe_OfThis. Ianya dilakukan oleh bot sebenarnya. Anda boleh mention mereka untuk ingatkan anda berkenaan mana-mana tweet.

Kebiasaanya berlaku jika kita ikut thread sesebuah tweet yang mana ianya terus ditulis dan ianya panjang. Jadi untuk tidak ketinggalan dan anda ingin baca kemudian hari, anda boleh bagi tahu supaya remind pada beberapa hari akan datang.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

Follow terlebih dahulu akaun @RemindMe_OfThis. Kemudian mention mereka dimana-mana tweet dan taip 'tomorrow' atau 'next 2 weeks' atau 'next year' dan sebagainya. BILA-BILA MASA SAHAJA.

Buat Reminder Bagi Mana-Mana Tweet Yang Kita Mahu

Jadi jika sudah sampai tarikh atau masa tersebut, mereka akan reply sekali lagi tweet tersebut dan sudah pastinya anda akan membaca tweet itu semula. Sudah berhasil reminder anda.

#3.  Baca Quoted Reply Pada Mana-Mana Tweet

Di twitter ada 2 cara untuk anda reply pada sesebuah tweet iaitu reply tweet seperti biasa dan juga quoted reply. Quoted reply ini anda quote tweet tersebut bersama-sama dengan tweet anda. Tak kira lah nak tulis atau tweet secara bergambar.

Jika anda reply tweet seperti biasa, ramai pengguna lain boleh baca reply tersebut tetapi berbeza dengan quoted reply yang mana hanya pemilik tweet tersebut dan juga anda sahaja dapat baca tweetnya. 

Tapi sebenarnya ada je cara untuk anda baca Quoted Reply sesebuah tweet iaitu melalui aplikasi khas yang disediakan oleh pihak-ketiga. Dengan adanya aplikasi ini, anda dapat baca semua quoted reply pada tweet tersebut jika ada.

Caranya terlebih dahulu anda perlu download aplikasi Quoted Replies & Download Twitter Videos di Android dan iOS. Anda tak perlu daftar apa-apa pada aplikasi tersebut.


Jika sudah selesai download, anda hanya perlu pergi ke mana-mana tweet dan tekan butang share dan pilih Share Tweet via...

Kemudian cari pilihan Quoted Replies dan tekan. Akhirnya pilih View quoted replies to tweets

Baca Quoted Reply Pada Mana-Mana Tweet

Selepas itu, Twitter akan senaraikan kesemua Quoted Replies yang ada daripada pengguna-pengguna lain juga.

#4.  Download Video Di Twitter Dengan Mudah

Ini mungkin dah ramai orang tahu cara download video twitter. Pelbagai kaedah yang boleh anda cuba untuk download video twitter dan terus masuk ke gallery anda. Tetapi cara yang ditunjukkan ini sebenarnya jauh lebih mudah dengan memaksimakan aplikasi Quoted Replies & Download Twitter Videos sama seperti di atas.

Anda juga boleh dapatkan aplikasi tersebut bagi Android dan iOS seperti dibawah:


Jika sudah selesai, anda pergi ke mana-mana tweet yang mempunyai video untuk anda download.

Anda tekan butang share dan pilih Share Tweet via...

Kemudian cari dan pilih Quoted Replies (Download Twitter Videos)

Download Video Di Twitter Dengan Mudah

Sudah selesai. Anda hanya perlu tunggu sahaja video tersebut siap download dan video tersebut akan terus masuk ke dalam gallery phone anda.

#5.  Mencari Tweet Yang Banyak Retweet Atau Liked

Seterusnya anda boleh cari tweet yang mempunyai banyak Retweet berdasarkan keyword yang anda tentukan. Sebagai contoh, anda nak dapatkan tweet banyak RT yang mempunyai perkataan 'promosi'. Caranya seperti berikut:

Taip dibahagian search bar bagi Retweet :-

min_retweets: XXX<jarak>keyword

XXX merupakan jumlah minimum retweet yang anda ingin peroleh

min_retweets: 100 makan

Taip dibahagian search bar bagi Favorites :-

min_faves: 100 minum

Mencari Tweet Yang Banyak Retweet Atau Liked


Dengan adanya ciri dan fungsi ini, banyak yang boleh kita buat dan memaksimakan penggunaan Twitter kan. Sepertinya boleh ganti Google sebagai search engine mungkin di masa hadapan. Jadi harap ciri yang ramai tahu ada pada Twitter ini, kini sudah diketahui oleh ramai orang.

Kongsikan artikel ini di laman sosial supaya lebih ramai lagi dapat manfaat menerusi perkongsian ini. Jangan lupa juga follow Twitter kami @oranghello

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended