Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan disuruh duduk di rumah sahaja. Disamping itu ada berita baik dimana ada beberapa perkara yang anda boleh akses secara percuma sepanjang tempoh arahan ini.

Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Anda janganlah berdegil untuk berada di luar rumah tanpa perkara penting yang ingin dibuat. Jika ingin pergi kemana-mana tempat bagi beberapa tujuan, pastikan anda sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan seperti pakai face mask, sentiasa basuh tangan dan elakkan pegang muka.

Disebabkan pandemik COVID-19 ini semakin menjadi-jadi di seluruh dunia dan sudah banyak negara telah memberi arahan Lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan seperti Malaysia.

Jadi anda duduk rumah sahaja. Kalau tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan, meh tengok sini. Anda boleh dapatkan akses percuma yang disediakan oleh pihak mereka bagi memenuhi masa terluang ketika berada di rumah seperti membaca, menonton televisyen dan bermain video game.

Akses Percuma Kepada Semua Atas Sebab COVID-19


1. Akses Bahan Bacaan Digital Secara Percuma


Anda boleh akses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma yang ditawarkan oleh Perpustakaan Negara selama perinta kawalan pergerakan ini. Anda boleh akses melalui pautan dibawah.


Jika tidak berjaya untuk peroleh akses tersebut, mungkin anda boleh ikut perkongsian daripada akaun twitter nadiahrazali di bawah.



2. Siaran Movie Astro Secara Percuma 



Astro ada berikan akses percuma kepada saluran movie di Astro bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Jadi anda boleh duduk rumah, tengok tv sahaja.

Kemaskini terbaru daripada Astro, mana-mana pelanggan Astro yang telah melanggan Sports Pack, anda akan dapat akses kesemua saluran secara percuma sehingga 30 April 2020.

astro percumaBeberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan


3. Akses Football Manager Secara Percuma


Permainan video games Football Manager ada juga memberi akses percuma selama seminggu bermula 18 Mac sehingga 25 Mac 2020. Tawaran ini hanya diberi melalui platform Steam sahaja. Anda boleh dapatkan akses percuma ini melalui pautan dibawah



4. Akses Percuma Textbooks Cambridge

Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Cambridge University Press adalah pengeluar buku teks Higher Education dalam format HTML dan ianya ditawarkan secara percuma untuk di akses secara online sempena pandemik COVID-19 ini. Lebih 700 buku teks, yang diterbitkan dan kini boleh didapati, di Cambridge Core tersedia tanpa mengira sama ada buku teks telah dibeli sebelum ini.

Akses percuma ini disediakan sehingga akhir bulan Mei 2020. Anda boleh dapatkan buku dalam kategori Engineering, Education, Medicine, Law, History dan banyak lagi. Pergi ke pautan dibawah


5. Siaran Percuma Daripada Unifi TV



Unifi TV pun ada bagi siaran percuma bagi semua siaran bermula 19 - 31 Mac 2020. Stay di rumah dan layan unifi TV guys!

6. Akses iflix VIP Secara Percuma


iflix pun tidak ketinggalan bagi memberikan akses terbaik kepada rakyat Malaysia yang sedang berada di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh tebus bermula 19-31 Mac 2020 dan diberi akses VIP secara percuma selama sebulan. Tebus dibawah menggunakan kod

kod : tonton_iflix


Post a Comment

Previous Post Next Post