Cara Refund Tiket Air Asia Tahun 2024 Dan Tips Penting Ada Perlu Tahu

Cara refund tiket air asia

Kalau anda terlepas atau tidak naik bagi penerbangan AirAsia, mungkin anda boleh ikuti tips dan cara untuk refund tiket AirAsia disini. Pengalaman ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Syafaa Sharrafah.

Beliau telah berkongsikan pengalaman sendiri pada tahun 2019 bagaimana beliau refund duit daripada tiket kapal terbang AirAsia yang beliau tidak sempat naik pun. Ini kerana masa tempahan tersebut, beliau sahaja memperoleh pekerjaan yang membuatkan terpaksa batalkan trip ke Myanmar tersebut.

Jadi jika anda mungkin terlepas waktu penerbangan atau tidak mempunyai masa untuk bercuti menaiki kapal terbang khususnya daripada AirAsia. Mungkin anda boleh ikuti tips dan cara ini bagi refund duit anda daripada biarkan anda kerugian 100%.

Tips Dan Cara Untuk Refund Tiket AirAsia Untuk Tahun 2024

Butiran harga tiket bagi penerbangan beliau yang sepatutnya berlaku :

Harga tiket return KL - Yangon - KL = RM185

Harga refund = RM141

Harga rugi = RM44


Cara Refund Tiket Air Asia

#1. Buka website AirAsia atau aplikasi AirAsia

Untuk melakukan refund, anda boleh cuba mohon melalui website AirAsia sendiri di www.airasia.com atau melalui aplikasi superapps AirAsia (ios | Android)

Cara Refund Tiket Air Asia

#2. Chat with AVA

  1. Pilih Refund
  2. AirAsia New Refund Request
  3. Airport Tax Refund
  4. Masukkan booking number flight korang
  5. Masukkan reason kenapa korang nak refund. (pastikan reason anda begitu kuat dan barulah akan berjaya)

Cara Refund Tiket Air Asia
Cara Refund Tiket Air Asia

Anda boleh pilih untuk refund dalam bentuk Credit Account AirAsia atau masuk dalam akaun bank terus (Untuk credit Account AirAsia, ianya ada validation date boleh guna sehingga tarikh ditetapkan. Jadi, better masuk duit terus ke akaun bank)

#3. Tunggu Jawapan Daripada AirAsia

Akhirnya, jika sudah selesai, anda hanya perlu tunggu email daripada pihak AirAsia memberitahu tentang permohonan refund tersebut. Dalam masa seminggu, anda boleh tahu keputusan sama ada berjaya atau tidak

Tips : Pastikan anda refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight anda terlepas atau tidak jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah tak boleh request refund.


sumber : facebook Syafaa Syarrafah

Post a Comment

Previous Post Next Post