Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Kita sedia maklum, pada 3 Januari 2020 yang lepas, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telahpun melepaskan jawatan tersebut atas nasihat daripada Perdana Menteri. Walaupun perbezaan kapal, tetapi rata-rata rakyat Malaysia sedikit kecewa kerana beliau antara menteri yang perform ketika menggalas jawatan tersebut.

Dr. Maszlee telah memegang jawatan Menteri Pendidikan bermula Mei 2018 hingga Januari 2020, kira-kira 20 bulan. Terdapat banyak gerak kerja yang telah dibuat oleh beliau selama berada di kerusi terpenting dalam Malaysia bagi membentuk hala tuju anak-anak pelajar di sekolah khususnya.

Beliau juga sering menggelarkannya Pakcik apabila berhadap dengan murid-murid sekolah sehingga pelajar dan guru sendiri agak selesa ketika menerima kehadiran beliau. Tahukah anda, sebenarnya Dr Maszlee Malik merupakan menteri ke 18 yang memegang jawatan dalam Menteri Pendidikan di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi jom kita tengok siapa lagi yang pernah memegang antara jawatan terpenting negera ini.

Senarai Menteri Pendidikan Malaysia

Nama jawatan menteri tersebut berbeza-beza mengikut selama mana tempoh kepimpinan mereka. Tetapi asasnya sama iaitu menggerakkan dan memacu hala tuju pendidikan di Malaysia

#1 - Tun Abdul Razak Hussein (1955 -1957)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau merupakan Menteri Pendidikan pertama yang memperkenalkan Razak Report 1956


#2 - Tan Sri Mohd Khir Johari (1957-1960) & (1965-1969)


Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan sebanyak 2 kali iaitu pada 1957 - 1960 dan seterusnya pada 1965 - 1969


#3 - Datuk Abdul Rahman Talib (1960-1962) & (1964-1965)


Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau antara pelopor yang memperkenalkan sistem peperiksaan di Malaysia dan juga perkenalan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


#4 - Tan Sri Kapten Abdul Hamid Khan (1962 – 1964)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka


#5 - Tun Abdul Rahman Ya’kub (1969-1970)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka


#6 - Tun Hussein Onn (1970-1973)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau telah memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971


#7 - Tan Sri Mohammad Yaacob (1973-1974)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka


#8 - Tun Dr Mahathir Mohamad (1974-1978)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Pindaan AUKU 1971 kepada AUKU 1975 dan antaranya tidak benarkan pelajar menglibatkan diri di dalam kancah politik.


#9 - Tun Musa Hitam (1978-1981)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka


#10 - Tan Sri Amar Sulaiman (1981-1984) & (1991-1995)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau antara penggerak bagi permulaan Sijil Tinggi Sekolah Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1982.


#11 - Tun Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka


#12 - Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (1986-1991)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Dibawah kepimpinan beliau, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan pada 1988 dan menggantikan bahasa kebangsaan daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu


#13 - Datuk Sri Mohd Najib Razak (1995-1999)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Akta Pendidikan 1961 disemak dan dipinda kepada Akta Pendidikan 1996. Beliau naik taraf Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


#14 - Tan Sri Musa Mohammad (1999-2004)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Disinilah bermulanya Teaching and learning of science and mathematics in English (PPSMI) pada 2003


#15 - Datuk Sri Hishamuddin Hussein (2004 – 2009)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Pada 2008, beliau menghapuskan yuran pengajian bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Juga diperkenalkan Higher Education Ministry (MOHE


#16 - Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009 – 2015)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Beliau kembalikan sistem PPSMI kepada yang asal iaitu pada tahun 2009. Selain itu beliau juga memperkenalkan sistem gred yang baru daripada A1, A2, B3, B4 kepada A, A+, A-. Disini juga anda saksikan pemansuhan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan digantikan dengan Penilaian Tinggkatan 3 (PT3)


#17 - Datuk Seri Mahdzir Khalid (2015 – 2018)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Pada 2017, pelajar dibenarkan untuk membawa smartphone ke sekolah.


#18 - Dr Maszlee Malik (2018- 2020)

Senarai Penuh Menteri Pendidikan Malaysia Sejak Merdeka

Selama 20 bulan memegang tampuk kepimpian sebagai Menteri Pendidikan. Beliau telah memperkenalkan Zero Reject Policy iaitu membenarkan semua anak-anak memasuki sekolah tidak kira taraf kehidupan, kekurangan kewangan dan sebagainya. Pendidikan Untuk Semua


Siapakah yang memegang jawatan Menteri Pendidikan seterusnya?



sumber : therakyatpost

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended