Puteh Mengetepikan Pelawak Lain Dan Menjulang Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Puteh Mengetepikan Pelawak Lain Dan Menjulang Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Puteh akhirnya telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2019 setelah mengetepikan bekas-bekas juara pelawak yang lain, Zero dan Bocey. Akhirnya hasil usaha yang diluahkan oleh 3 anggota kumpulan Puteh membuahkan hasil selepas dinobatkan sebagai Juara.

Ramai yang menitiskan air mata ketika nama Puteh disebut menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2019 ketika itu. Mungkin kerana content yang dikeluarkan oleh kumpulan Puteh tersebut sedikit sebanyak tersentuh hati penonton. Ada kesedihan disebalik gelak tawa. Anda sememangnya tabah dan kuat Ali. Juara MLM ini untuk anda dan Ainul Mardiah.

Selepas 11 minggu, akhir 5 peserta telah berjaya disarinkan di bertanding di peringkat akhir iaitu Puteh, Bocey, Zero, Jborn dan Rare. Pada awalnya 14 peserta yang datang daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei akhirnya hanya 5 dipilih juri dan penonton untuk beraksi di pentas akhir.

Baca Juga : Terbaru Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019)

Apa-apapun tahniah kepada kesemua peserta dan juga peserta akhir yang bertungkus lumus memberikan lawak yang terbaik untuk orang ramai. Selepas 2 tema diselesaikan iaitu Bebas dan Muzikal, akhirnya pengumuman pemenang telah disampaikan oleh Dato AC Mizal

Pemenang Bagi Maharaja Lawak Mega 2019

Puteh Mengetepikan Pelawak Lain Dan Menjulang Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Pada siri 2019 ini, juara akan membawa pulang RM500,000 dan beserta trofi dan pastinya jumlah itu bukanlah sedikit iaitu setengah juta kan. Jom ikuti senarai dibawah


Kedudukan Peserta Hadiah
Juara Puteh RM500,000 beserta trofi
Naib Juara Zero RM300,000 beserta trofi
Tempat Ketiga Bocey RM150,000 beserta trofi
Tempat Keempat Jborn RM50,0000 beserta trofi
Tempat Kelima Rare RM15,0000 beserta trofi


Post a Comment

Previous Post Next Post