Perkongsian Pengalaman Menghadapi Temuduga PTD, M41 2019

Perkongsian Pengalaman Menghadapi Temuduga PTD, M41 2019

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membukan permohonan kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD bagi gred M41 setiap tahun. Jika pada 2019 ini, tapisan awal iaitu melalui exam online telah diadakan pada Mei yang lalu. Permohonan PTD ini mudah, kerana sesiap sahaja yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda sudah layak untuk memohon di SPA8i tetapi tapisannya itu yang sukar.

Jadi disini anda boleh ikuti perkongsian Ahmad Tarmizi di facebooknya yang berkongsikan pengalamannya sepanjang tempoh tapisan dan temuduga SPA bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD 2019

Pengalaman Menjalani Temph Dan Temuduga PTD, M41 2019

Bismillah.
SHARING IS CARING.

Sekadar perkongsian untuk sesiapa yang bercita-cita nak jadi PTD, anda dialu-alukankan untuk baca.

Dulu tak pernah tahu pun PTD tu apa. Tapi, ramai orang bercakap pasal jawatan ni [jawatan yang agak tinggi dalam Kerajaan]. Apa itu PTD? Sila google [no spoon feeding bak kata Dr Amalina].

Sejujurnya, proses nak dapat jawatan PTD ni tak sama macam dulu sebab sekarang ramai dah yang berkaliber, dan berpotensi, jadi persaingan makin sengit. Jadi, pihak SPA dah buat sistem 4 peringkat [4 stages] untuk betul-betul dapat title PTD ni.

Proses pemilihan PTD ni ambil masa yang agak lama. Perlukan kesabaran dan kecekalan yang sangat tinggi. Aku merupakan antara muka-muka yang berjaya hingga peringkat akhir, tapi terkandas akhirnya [that's okay, I am indeed grateful with what I have for now]. So, I just want to share my so little experiences regarding this position.

As this is my first time dapat interview dengan pihak SPA, so mungkin terdapat banyak kekurangan. But, just to share, mana tahu nanti you guys pulak yang dapat IV.

First of all, yes kita kene MEMOHON jawatan tersebut melalui sistem SPA8i. Tak silap aku, aku mohon masa bulan Februari 2019. Then, berdoa je la kalau ada rezeki dapat first stage.

Stage 1 (Peperiksaan Online)

Secondly, alhamdulillah dapat emel untuk jawab peperiksaan online. Peperiksaan ni ada 3 bahagian. Jawab exam ni bulan 5 tak silap masa bulan puasa.


A) Pengetahuan Am

Seriously, memang dia uji general knowledge. Satu-satu nak google. Time was our main constraint. Memang tak sempat nak google satu-satu. Tanya pasal fungsi kementerian, mammogram, jabatan-jabatan kerajaan, etc..... So, kena cari geng untuk sama-sama tolong ok. I buat sorang-sorang je dulu. Nampak masa dah suntuk, jawab ikut logik je! Pengajarannya, kene banyak membaca ok!

B) Ujian Matematik

Soalan dia macam soalan PMR dan SPM. Ada bearing, probability, integers and so on. If u r good in math, there u go. Tapi, as I mentioned above, masa memang tak sempat. I buat sorang-sorang je sebab my friends semua busy dengan revision waktu tu. What I did was soalan yg I tak sempat jawab SEMUA I TEMBAK jawapan A [nasihat cikgu-cikgu dulu, tembak huruf sama]

C) English test

Hahahah. Kalau rasa English tak bagus, tanya kawan-kawan yang pandai. Yang ni siap boleh cek lagi ada masa lebih [ada kawan jugak yg tolong ]

Stage 2 (Ujian Kecergasan, UKJK)

Then alhamdulillah dapat emel untuk ke SECOND STAGE [UJIAN KECERGASAN FIZIKAL]

Since I am not a 'sport' person, I turunlah pergi berlatih petang-petang kat padang selama seminggu. Yela, kenalah berlatih supaya tak kejang-kejang or collapse nanti. Practice makes perfect! I berjogging, skipping, lari ulang alik, tekan tubi n etc dengan bantuan 2 org kawan I [ Syazwan n Zikri ].

Perkongsian Pengalaman Menghadapi Temuduga PTD, M41 2019

Hari kejadian sebenar, ada 5 ujian fizikal.
  • Ujian tekanan darah
  • Ujian jangkau
  • Ujian genggaman tangan
  • Ujian lompat jauh
  • Ujian tekan tubi
  • Beep test - short run test [lari ulang alik dalam tempoh masa ditetapkan]

*ramai yang kecundang dekat beep test sebab tak ada stamina yang kuat. Thats why u need to practice. Pastikan tidur cukup, makan dulu sebelum ujian biar ada tenaga. Jangan paksa diri, buat setakat mampu saja. I pun bukan bagus sangat ujian fizikal since I really don't like bersenam tapi takdela teruk sangat, it was a tired day after all.

Stage 3 (Program Assessment Centre, PAC)

Next, I dipanggil utk STAGE 3 alhamdulillah. Stage 3 was known as PAC [ Program Assessment Centre ]. This stage was very challenging. Kat sinilah kemampuan kita menulis dan soft skills kita dapat dilihat. Dalam stage 3 ni saja ada TUJUH TEST [i am not kidding]. Seriously, sangat memenatkan mental especially sebab kebanyakan test memerlukan OTAK kita untuk bekerja dengan pantas.

  • Test 1 - esei BM [cara-cara meningkatkan pendapatan per kapita negara]
  • Test 2 - esei English [how to avoid child abuse]
*kalau u guys banyak membaca, test 1 and 2 gonna be so easy peasy. If u not, goreng-goreng la jawabnya. So kene banyak membaca isu semasa okay! Dr Mahathir tua-tua pun masih kuat membaca. Kita?

  • Test 3 - pengucapan awam BM - [ciri-ciri pekerja AMANAH]
*since I was a pemidato waktu sekolah dlu, so bolehla nak bercakap. Kena ada isi, huraian yang teratur dan contoh. Jangan main cakap je ok! And tak sempat sangat nak google sebab masa sangat singkat.

  • Test 4 - pengucapan awam BI [tell me about the last book that you read]
*i am not really good in English, tapi rezeki giler dapat tajuk tu. Kalau nak selamat, hafal mana-mana tajuk and then ubah ikut kesesuaian. Thats why we have to practice to speak English, even in our daily life!

  • Test 5 - perbincangan berkumpulan BM [pasal perbandaran alam sekitar, tak ingat tajuk penuh]
  • Test 6 - perbincangan berkumpulan BI [is online video games will lead to violence behavior among the gamers?]
*dalam group discussion ni, I jadi moderator sebab my group mates macam semua diam awal-awal. So, I ambil peranan to start the conversation. Dalam discussion ni, tak boleh jadi TOO DOMINANT [ Kalau asyik kau je nk bercakap bila nak dengar pendapat orang lain pulak kan? Maksudnya kalau dah kerja nanti asyik nk ikut kpala dia je ].


Tapi, tak boleh jadi PASIF sangat [nanti macamana nak bergaul dengan orang luar dan lontarkan pendapat waktu kerja nanti kalau takut-takut dan pendiam]. Thats how they will interpret your behavior masa group discussion. BE MODERATE, SIMPLE AND FULL OF CONTENTS. And yes, semua orang mostly boleh bercakap, tapi ada juga out of topic, keep your discussion in the circle, don't go too far from the topic given.

  • Test 7- aktiviti berkumpulan [buat menara pakai straw dan surat khabar]
*test ni actually nak tengok kemampuan kita bekerja berkumpulan. Bukan nak tengok menara tu menjadi ke tidak. Nak tengok pengurusan emosi dan how we cooperate with our group members. Adakah dia seorang yang BOSSY? atau tak ambik part langsung? Atau seorang pengikut saja? It will be revealed through this test. So, mesti bekerjasama dengan group mates dengan bagus, ada seorang leader yang jelas memberi arahan. And just enjoy the activities, don't be too serious.

Then, dalam tempoh tuggu result PAC and interview, kene jawab ujian psikometrik secara online. Dia akan bagi link and tempoh menjawab masa pergi PAC test. Please please please be aware supaya tak terlepas jawab online test ni!

Stage 4 (Sesi Interview Bersama SPA)

Last but not least, STAGE 4! INTERVIEW SESSION dengan pihak SPA. Seriously, I tak tahu what to prepare that time. And I was really busy working. So, I just baca skop kerja PTD, isu-isu semasa, dasar kerajaan yang terbaru [WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA -pernah dengar ke tak tu?] and pergi interview.

Perkongsian Pengalaman Menghadapi Temuduga PTD, M41 2019

Masa hari interview, I yang paling last sampai [rasa dah datang awal]. Akan ada staf yg ajar kita untuk susun-susun sijil. And file sijil tu tak perlu pun hias-hias letak tagging la, tajuk la, NO NEED. Dieorang suruh buang je nnt. Dieorang memang nak sijil yang berkaitan sahaja. I kene susun 5 kali oh my god! Really depressed! Dahlah smpai paling lambat, susun sijil paling lama! Hahahaa. Semua org duk tengok je kat belakang. And of kos dah smpai paling lambat dapatlah giliran paling last, tapi yang untungnya dapat last, dapat tanya orang yang habis interview awal pihak SPA tanya apa HAHA.

Of course nervous, but we have to keep ourselves cool. Be confident but not over confident. Pakaian pakai baju cerah, blazer, kasut berkilat, rambut kemas, neck tie and resume mesti mantap and not too long! And dieorang tak nak terlalu banyak warna dekat resume like warna warni NO NO NO.


Then, dengan lafaz bismillah, step by step masuklah ke dalam bilik interview. Orang yang interview ad 2 orang [both pangkat Dato']. They were very friendly.

Antara soalan yang ditanya [semua dalam BAHASA MELAYU kecuali soalan terakhir ]:
  • Kenapa you nak jadi PTD sedangkan you belajar health science?
  • Bagaimana nak kurangkan rasuah/meningkatkan kesedaran integriti di negara kita?
  • Namakan negara-negara di benua Afrika
  • Namakan negara-negara yang terdapat di bahagian Scandinavia
  • Ssiapakah Mantan KSU?
  • Berapakah jumlah penduduk di Malaysia (secara tepat)?
  • Berapakah jumlah penjawat awam di Malaysia (secara tepat)?
  • Negara Malaysia penuh dengan bantuan kebajikan bagi mereka yang memerlukan. Tapi kenapa masih ada golongan yang hidup bawah jambatan / kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Kalau kamu dipilih sebagai wakil rakyat, apa yang akan kamu lakukan?
  • Bilakah sukan Olimpik dan di mana? - OMG I TAK BOLEH JAWAB YANG NI🤣 MENYESAL TAK AMBIL TAHU PASAL SUKAN
  • Huraikan pasal BREXIT? [Sila google apa itu BREXIT? ]
  • Huraikan pasal Revolusi Perindustrian 4.0
  • Last question, kamu ad kawan dekat luar negara dan macam mana kamu nak pujuk dia datang ke Malaysia? Pujuk seolah kalau dia tak datang ke malaysia, dia akan menyesal [IN ENGLISH].


All in all, I have done my very best. Kita rasa satu soalan je tak dapat jawab masa interview mungkin tak lah teruk sangat. Tapi, mungkin kerana satu soalan senang tu kita tak dapat? Wallahualam. Mungkin bukan rezeki di sini. At least, pengalaman mendewasakan kita dan I learnt so many things along this tiring journey. Sejujurnya, takdelah sedih sangat pun sebab memangg tak berharap and sekadar mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah, dapat kenal ramai sangat mereka yang bagus-bagus, berpengetahuan dan berilmu.

Pengajarannya, dunia di depan semakin mencabar. Kita mesti mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang istimewa untuk mejadikan kita bernilai dan berbeza daripada orang lain. Jangan tutup pemikiran dengan dakyah-dakyah kolot. Bukalah ruang untuk menerima pembaharuan dan mencabar diri melakukan benda yang baharu. Banyakkan membaca dan sentiasa belajar benda baru. Selebihnya, biar Allah yang tentukan.

Wallahualam.

By the way lepas lulus interview, kene buat Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam dekat INTAN selama sepuluh bulan tak silap. Lepas LULUS Diploma tu baru dapat dilantik jadi PTD. So, total 5 STAGES! AHAHAAHHHAA

P/s: ada yg cuba jawatan ni dan mengulangi proses saringan dan temuduga sebanyak 3 hingga 8 kali! So, don't lose hope okay kalau tak dapat untuk first time. Good luck! cukuplah sekali utk i, sebab malas dah nak ujian kecergasan tu sebenarnya.


sumber : facebook Ahmad Tarmizi

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended