Fenomena Telur Ayam Berdiri Ketika Gerhana. Tapi Betul Ke Sebab Gerhana?

Fenomena Telur Ayam Berdiri Ketika Gerhana. Tapi Betul Ke Sebab Gerhana?

Pada 26 Disember 2019 (Khamis), Malaysia khususnya telah mengalami fenomena yang jarang berlaku iaitu Gerhana Matahari Cincin. Katanya fenomena ini biasanya berlaku selepas 20 tahun sahaja. Dikhabarkan kali terakhir ianya berlaku pada 1998 iaitu di Mersing. Kali ini anda boleh lihat gerhana matahari cincin atau anulus di di Serian, Sarawak dan Tanjung Piai.

Tetapi di tempat lain iainya tetap berlaku gerhana matahari cuma tiada anulus sahaja. Jadi pada hari tersebut, akan berlaku dimana, kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari. Bulan akan menutupi matahari sehingga ada kawasan akan bergelap buat seketika. Jadi pada hari tersebut, ramai la para warganet menaik gambar di laman sosial keadaan matahari menjadi bentuk sabit sabit buat seketika kerana bulan telah menghalang sebahagian pancaran sinar matahari ke bumi.

Kita sebagai umat Islam, disunatkan untuk lakukan solat sunat gerhana ketika fenomena ini berlaku sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat yang Allah yang diberi serta kekuasaan yang ditunjukkan kepada hambaNya.

Selain keadaan gelap, matahari berbentuk sabit. Biasanya akan ada lagi kesan yang berlaku daripada gerhana matahari ini iaitu sebijil telur ayam mampu untuk berdiri jika diletakkan di permukaan lantai. Perkara lain tersebut, kita telah tahu akan faktanya tetapi bagi telur ayam ini, adakah betul hanya pada waktu gerhana sahaja, ianya mampu untuk menegak atau berdiri? Atau adakah ianya mitos semata?

Jadi dengan persoalan ini, muncul seorang pengkaji fizik, penulis buku iaitu Zamir Mohyedin yang telah menerangkan tentang kejadian ini di laman twitternya @zamirmohyedin. Jadi adakah ianya benar sebab gerhana atau mitos semata? baca penerangan beliau di bawah

Fenomena Telur Ayam Berdiri. Sebab Gerhana Atau Mitos?

Telur ayam boleh menegak tanpa perlu gerhana pun iaitu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dan ia tidak tertegak akibat graviti, tetapi struktur telur itu sendiri. Tarikan graviti terlalu lemah? Kalau graviti boleh tegakkan telur, rambut kita yang lebih ringan pun boleh terangkat sepatutnya.

Newton's Law of Gravitation : F = MmG/r²

Daya graviti akan tinggi apabila berlakunya interaksi antara dua jisim berat. Jisim (mass) laut dan jisim bulan adalah dua jisim berat. Interaksi antara keduanya telah memunculkan graviti yang tinggi dan kuat.

Telur tak terkesan kerana jisimnya kecil, maka graviti kecil.

Jisim kita terlalu kecil berbanding Bulan, sebab itulah kita tak berapa nak terkesan dengan graviti Bulan. Tambah lagi, kita lebih terkesan dengan graviti Bumi sebab kita dekat dengan Bumi mengikut formula tadi.

Sebab itu saya cakap, kalau telur terangkat sebab graviti bulan, sepatutnya rambut kita terangkat. Kenapa? Sebab seolah graviti Bumi tak ada. Sedangkan graviti Bumi lebih kuat dan telur itu lebih dekat dengan Bumi.

Maka, telur terangkat bukan sebab graviti tapi sebab struktur.

Dua jisim ringan tak akan ada daya graviti. Lebih-lebih lagi kalau jarak antara keduanya jauh. Bukan tak ada, tapi terlalu lemah.  Antara kita manusia pun ada tarikan graviti. Tapi tak rasa sebab terlalu kecil. Lain ceritanya kalau interaksi antara dua jisim berat. Gravitinya tinggi.

Fenomena Telur Ayam Berdiri Ketika Gerhana. Tapi Betul Ke Sebab Gerhana?

Jadi sebenarnya telur ayam ini boleh berdiri dan tegar bila-bila masa sahaja atas sebab struktur serta sains dan bukannya sebab fenomena gerhana matahari ini semata.

Buktinya? Paling mudah, anda boleh tengok rancangan variety terkenal Running Man episode 238. Anda boleh tonton di pautan ini. Ketika itu tidak berlaku gerhana pun. Tetapi mereka mampu untuk tegakkan atau dirikan telur ayam tersebut. Tapi pastinya sukar dan perlukan masa. Mungkin selepas ini anda boleh cuba pula di rumah.

Fenomena Telur Ayam Berdiri Ketika Gerhana. Tapi Betul Ke Sebab Gerhana?
adegan daripada Running Man

Ingat, ilmu sains itu juga ilmu Allah. Kejadian ini juga datang daripada Allah dan dibuktikan secara lebih terperinci daripada sains. Wallahualam


sumber : twitter zamirmohyedin

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended