10 Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

 Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

Mesti anda tertanya-tanya Korea Selatan dan Korea Utara ni negara yang sama ke? Sebenarnya tidak. Mereka adalah negara yang berlainan dan ditakbir oleh kerajaan yang berbeza. Cuma ianya berkongsi hanya nama Korea yang sama. Kalau negara berbeza, pastinya undang-undang yang dibuat juga berbeza.

Kita mungkin dengar pelbagai cerita berkaitan Korea Selatan berkaitan gosip, artis, info semasa, cuaca, travel, isu politik dan sebagainya. Tetapi berbeza dengan Korea Utara. Pernah dengan berkaitan artis mereka? Ada orang melancong ke negara mereka? Yang ada keluar TV pun, ketua negara mereka Kim Jong Un je dengan style rambut yang pelik.

Seperti diberitahu, mereka ada undang-undang sendiri tetapi ianya tidak masuk akal. Ianya hanya berlaku di Korea Utara.

Undang-Undang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara


#1 - Gaya Rambut

Rakyat Korea Utara, mereka hanya diberi 28 jenis gaya rambut sahaja. Perkara yang paling penting adalah mereka tidak boleh mengikut gaya rambut Kim Jong Un. Kepada wanita yang sudah berkahwin perlu memotong rambut paras leher dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang.

 Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#2 - Rakyat Biasa Tidak Boleh Tinggal Di Ibu Kota Pyeongyang

Sebagai contoh, orang yang tinggal di Johor, Kedah sebagainya tidak boleh berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur. Orang yang dibenarkan tinggal di Pyeongyang adalah orang-orang atasan dan yang berjawatan tinggi dalam negara sahaja.

 Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#3 - Semua Wajib Mengundi

Semua rakyat Korea Utara diwajibkan mengundi, kalau tidak keluar mengundi mereka akan dihukum dibunuh, dipenjara dan pelbagai lagi hukuman. Mereka disuruh untuk mengundi hanya seorang sahaja iaitu pilih salah satu antara adik beradik Kim jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga itu sahaja.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#4 - Undang2 TV Dikawal

Rakyat Korea Utara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja, tiada siaran dari luar negara lain. Apa yang dilihat di TV hanya lah propaganda , dan benda-benda yang mengagungkan supreme leader mereka iaitu Kim jong Un .Pihak atasan brainwash rakyatnya untuk mengubah persepsi bahawa negara Korea Utara adalah negara terhebat dan terkuat di dunia. Jika ada event sukan negara , Korea Utara akan menyertai tapi mereka akan memberi berita kepada rakyatnya di TV bahawa North Korea juara pingat emas sedangkan tidak menangi pingat. 

Anda boleh tengok contoh di Youtube, bagaimana mereka keluarkan berita North Korea memenangi Piala Dunia 2010.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#5 - No Religion

Kalau rakyatnya ada buku Bible atau buku agama lain, mereka akan dihukum mati. Sehingga mereka menyifatkan pemimpin itu sebagai tuhan dan mereka pernah diceritakakan bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar. Hebat kan

#6 - Keluarga Anda Akan Dihukum Jika Ada Seorang Dalam Keluarga Anda Melakukan Kesalahan Jenayah 

Hukuman sedemikian adalah salah satu cara kerajaan Korea Utara untuk mengawal rakyatnya daripada membuat kesalahan dan jenayah. Jika anaknya membuat kesalahan, ibu bapanya juga akan dihukum, bukan anaknya sahaja.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#7 - No Driving

Rakyat biasa tidak dibenarkan memandu kereta jika mereka tidak bekerja kerajaan, askar atau mana-mana jawatan yang tinggi dalam ketenteraan atau kerajaan. Dan disana juga, jalan tidak sesak disebabkan undang undang seperti ini. Kereta kurang.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#8 - No International Call

Sebagai rakyat biasa Korea Utara, tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa yang berada di luar negara. Jika ingkar, ibu bapa anda akan ditangkap . Ini adalah langkah untuk menjaga rakyat dan negara. Pelik betul.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#9 - Pendapat Adalah Satu Jenayah

Di negara Korea Utara, rakyat tidak dibenarkan untuk memberi apa apa pendapat tentang perihal negara sendiri. Jika memberi pendapat, anda akan dipenjara.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara

#10 - Tidak Dibenarkan Untuk Keluar Dari Negara Walaupun Hanya Untuk Travel

Anda sebagai rakyat tidak dibenarkan untuk keluar ke mana-mana negara, kecuali anda adalah atlet yang akan bertanding di negara lain. Ramai juga yang tidak berminat untuk pergi melancong ke negara Korea Utara kerana kekurangan info berkaitan negara tersebut.

Undang-Undang Yang Tidak Masuk Akal Di Korea Utara


sumber : marjans tv

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended