Mee Segera daripada Malaysia Duduki Tangga Ke-2 Dalam Instant Ramen Power Rankings 2019

 Instant Ramen Power Rankings 2019
Mee Segera kebiasaanya dikaitkan dengan makanan murah yang selalu dimakan ketika anda sudah tidak mempunyai duit yang cukup untuk makan ataupun anda mahu berjimat. Jika bagi pelajar pula, mee segera ini sangat sinonim untuk mereka. Bila duit pinjaman PTPTN dah habis, makan maggi la setiap malam katanya.

Di Malaysia jika dikaitkan dengan mee segera pasti anda akan menyebut maggi tetapi hakikatnya maggi adalah sebuah jenama dan terdapat berpuluh lagi jenama mee segera di Malaysia hatta diseluruh dunia sekali pun.

Kalau ianya banya diseluruh dunia, adakah ianya memang makanan untuk orang tidak berduit? Anda tentukan. Artikel ini hanya menunjukkan daripada jenama mee segera atau ramen yang ada diseluruh dunia, terdapat 31 ramen yang dinilai di dalam Instant Ramen Power Rankings 2019. Kedudukan ini dikeluarkan oleh Los Angeles Times. Anda boleh baca artikel penuh disini

 Instant Ramen Power Rankings 2019

Antara yang tersenarai, hanya 10 yang terbaik yang boleh diterima didalam senarai Instant Ramen Power Rankings 2019. Yang paling menarik dalam kedudukan ini, sebuah mee segera daripada Malaysia telah menduduki ranking ke-2 dengan mengalahkan Korea, Jepun dan Thailand. Hebat kan!

MyKuali Penang White Curry Dalam Kedudukan Ke-2 Mengalahkan Korea Dan Thailand

 Instant Ramen Power Rankings 2019

Menurusi perkongsian daripada grafik seasia.co, ianya nampak lebih jelas setiap kedudukan bagi top 10 dalam Instant Ramen Power Rankings 2019. Teranyata MyKuali Penang White Curry daripada Malaysia mendapat tempat ke 2 selepas Indomie BBQ Chicken (Indonesia) yang menjuarai kedudukan tersebut.

🇮🇩🇲🇾🇹🇭 Guess Southeast Asian instant ramens are so tasty

6,629 Likes, 482 Comments - Good News From Southeast Asia (@seasia.co) on Instagram: "🇮🇩🇲🇾🇹🇭 Guess Southeast Asian instant ramens are so tasty"

Tidak cukup dengan kehebatan itu, ternyata ada lagi jenama daripada Malaysia yang menduduki ranking top 10 iaitu Ibumie Mi Goreng Curry Kopitiam (kedudukan 5) dan MyKuali Penang Spicy Prawn (kedudukan 7). Double hebat mee segera Malaysia.

Kesemua 31 mee segera yang disenaraikan diadili berdasarkan 2 faktor iaitu rasa dan juga 'kebenaran di sebalik pengiklanan'. Ini bermaksud, adakah yang ditulis di packaging ramen tersebut sama seperti rasanya.

 Instant Ramen Power Rankings 2019

 Instant Ramen Power Rankings 2019

Komen daripada yang mengadili dan merasai MyKuali Penang White Curry, Lucas Kwan Peterson (Food Columnist)
It calling it “one of the best” with a “deep seafood flavour, slightly sweet and almost coconutty.”
Dalam banyak-banyak mee segera atau ramen yang disenaraikan di dalam Instant Ramen Power Rankings 2019 ini, anda pernah rasa yang mana? Admin secara jujur tidak pernah rasa kesemuanya kecuali Indomie. Ermm... Yang pasti Maggi Kari je best dan dimakan ketika tengah sengkek.

Adakah anda setuju dengan ranking atau kedudukan yang disenaraikan ini? Kongsikan komen anda di ruangan komen di bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post