Tips Study Last Minute Bagi Pelajar

Tips Study Last Minute Bagi Pelajar

Hujung November, Disember adalah minggu paling crucial bagi pelajar khususnya pelajar universiti. Ini kerana, pada waktu inilah segala assignment, quiz, test, presentation akan dimampatkan dalam 1-2 minggu sahaja. Bagaimana admin tahu? Kerana admin juga pernah menjadi pelajar universiti suatu masa dahulu.

Pada waktu ini juga, test akan dijalankan iaitu antara peperiksaan terbesar selepas final examination pada minggu akhir semester. Dengan kepadatan tugas baik dalam bilik darjah mahupun kurikulum pastinya anda dapat kurang masa untuk mengulangkaji bagi menghadapi test. Demi menjaga kebaikkan antara pembelajaran dan kurikulum, anda kene juga perform kedua-duanya.

Mungkin ada mahasiswa yang sanggup ambil jalan kotor dengan membuat keputusan untuk menipu di dalam dewan peperiksaan. Pastinya ada juga mahasiswa yang ikhlas di dalam pembelajarannya. Terus berusaha mengulangkaji meskipun masa kian suntuk dan pendek. Jadi disini, admin akan kongsikan beberapa tips study last minute bagi pelajar yang mempunyai kesuntukan masa.

Tips Study Last Minute Bagi Pelajar

Tips Study Last Minute


#1 - Baca Kerap, Bukan Baca Lama

Apabila kita membaca dalam tempoh yang lama, ini akan memberi kesan kepada emosi kita. Stress, boring. Lepas tu, terus tutup buku, main game, twitter, facebook dan buat kerja lain. Salah cara tu. Sepatutnya, anda kene baca kerap bukan lama. Adakan sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat. Contohnya, baca buku sejam, rehat setengah jam. Kemudian sambung pula sejam, rehat 45 minit. Pecahkan jam membaca anda kepada sesi-sesi kecil supaya otak tidak letih dan lebih segar. Bila otak tenang, rileks dan segar, baru senang faham.


#2 - Banyakkan Buat Latihan

Banyakkan buat latihan daripada membaca kalau dah last minute. Buat latihan soalan-soalan past year, soalan topikal dan soalan latihan. Bila kerap buat latihan, kita dapat mengetahui apa isi-isi penting dalam bab tersebut tanpa perlu menghadap buku teks yang tebal. Selain itu, membuat latihan, kita dapat menguji kefahaman dan ingatan berkenaan tajuk yang dipelajari

#3 - Baca Dan Kongsi

Apabila anda selesai membaca, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang anda sudah belajar sebentar tadi. Hukum semulajadi manusia ialah pengulangan membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham. Jadi, kongsikan apa yang sudah anda belajar dengan rakan sebilik, housemate atau sesiapa sahaja. Jika tiada orang di sekeliling praktis untuk berkongsi di hadapan cermin. Ini sangat membantu untuk menguatkan daya ingatan kita. Lebih banyak anda berkongsi, lebih cepat anda faham dan ingat.

#4 - Baca Tips

Bila dah hujung-hujung ni, untuk baca semua pastinya tidak sempat. Jadi, dapatkan tips dan hints apa yang perlu di baca. Tips ini lazimnya boleh diperolehi daripada cikgu-cikgu dan pensyarah yang mengajar anda subjek tersebut. Mereka dapat membantu anda memilih apa yang penting. Mereka selalunya dapat memberitahu apa yang perlu, apa yang tidak perlu dibaca, apa yang perlu diingati dan apa yang perlu ditinggalkan.

#5 - Renggangkan Hubungan

Renggangkan hubunga dengan dunia internet, game untuk seketika. Tidak boleh disangkal lagi, dunia internet, facebook, twitter, game merupakan ancama terbesar dalam gangguan bagi para pelajar untuk belajar. Bila dan sesekali berhenti rehat belajar, bolehlah jenguk-jenguk twitter tu semua, lepas itu sambung semual study anda. Ingat, di waktu sesuntuk ini anda memerlukan kepantasan membaca dan belajar, dan perkara-perkara inilah yang akan melambatkan lagi anda belajar. Anda perlu lebih bijak daripada telefon pintar anda.


#6 - Makan Makanan Berkhasiat

Pastikan juga makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran, telur, ikan salmon, kacang, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega-3 serta fiber yang meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir

#7 - Jangan Abaikan Waktu Tidur

Walaupun anda bersunguh-sungguh  mengapilikasikan tips belajar ini, pastikan anda dapat tidur secukupnya menjelang peperiksaan. Ini kerana jika anda kurang tidur, badan mudah lebih, tidak fokus malah punya potensi besar untuk membuat kesilapan sewaktu menjawab soalan kerana otak tidak dapat berfungsi sebaiknya.

Tips Study Last Minute Bagi Pelajar

Tetapi tips ini janganlah diamalkan setiap kali ingin menghadapi exam. Pastikan ianya diamalkan jika anda betul-betul kesuntukan masa kerana perkara lain bukannya sibuk dengan telefon, internet, game dan perkara-perkara remeh. Ingat, belajar bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan tetapi menguji sejauh mana ilmu pengetahuan yang anda peroleh selama dalam sesi pembelajaran. Harap tips study last minute bagi pelajar ini bermanfaat.


sumber : hamare group

Baca Juga

3/Post a Comment/Comments

  1. siapa yang suka belajar last minute tu... Berguna tips ni. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Sy last minute juga tp sekurangnya 2-3 hari sblm. Hehe

    ReplyDelete
  3. sy slh seorg yg study last min...tp dulu laa... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended