Tips Nak Bangun Subuh Awal. Ianya Perkara Wajib Tau

tips bangun subuh

Ianya perkara wajib untuk umat Islam kerana waktu pagi adalah masa untuk melalukan Solat Subuh. Selain itu, waktu pagi akan membuka pintu rezeki untuk mereka yang bangun awal. Ianya sebagai indicator, orang bangun awal, bangun untuk mencari rezeki. Pastinya kesungguhan itu akan dibalas dengan rezeki sedang orang lain masih tidur dibuai mimpi.

Tetapi bukan semua yang mampu untuk bangun di awal subuh lagi-lagi jika waktu hujung minggu, mempunyai tilam yang empuk, dengan penghawa dingin. Pastinya sukar untuk bangun dengan keselesaan yang diperoleh tiada di tempat lain. Jadi disini akan dikongsikan tips nak bangun Subuh bagi mereka yang liat untuk bangun.

Tips Untuk Bangun Subuh


#1 - Tidur Awal

Tidur awal yang dimaksudkan adalah tidur lepas pukul 10 malam. Lepas jam 10 adalah waktu paling baik untuk berehat. Disamping itu, pastinya badan mendapat tempoh rehat yang lebih lama hingga subuh berbanding tidur lewat.

#2 - Kurangkan Melihat Handphone

Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah untuk bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.

#3 - Solan Maghrib Dan Isyak Di Awal Waktu

Maghrib dan Isyak, wajibkan diri berada di rumah kecuali ingin pergi ke masjid. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.


#4 - Banyakkan Zikir Dan Selawat

Sebelum tidu, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur selepas menonton movie. Jangan tidur selepas baca gosip. Jangan tidur selepas komen buruk di media sosial. Banyakkan zikir dan selawat terlebih dahulu.

#5 - Amalkan Juga Doa Selepas Bangun

Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis, Baca Al-Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa untuk baca doa bangun tidur. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun Subuh.

#6 - Minta Pada Allah

Minta pada Allah untuk bangun Subuh. Mintalah padaNya. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh

Inilah antara tips bangun subuh yang dikongsikan melalui twitter Ley_zaf. Berkat pertama itu bermula dari Subuh. Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan Subuh. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended