Sejarah Di Sebalik Black Friday

Sejarah Di Sebalik Black Friday

Mesti rakyat Malaysia sudah tahu akan kewujudan Black Friday dan mungkin ada yang masih lagi tertanya-tanya apa itu Black Friday. Kalau ikut namanya, sepertinya macam hari black magic iaitu meraikan ahli sihir dan hantu seperti Hari Halloween kan. Tetapi ianya bukanlah sedemikian rupa, bahkan jauh sekali daripada ahli sihir.

Secara ringkasnya Black Friday ini sama seperti Hari 11.11 Global Shopping Festival, 12.12, Year End Sale (YES) yang ada di Malaysia. Ya, ianya sebuah hari dimana, kedai dan gudang besar baik online dan offline menawarkan diskaun yang banyak bagi barangan mereka terutamanya barangan elektronik.

Pada hari ini, gudang dan kedai menawarkan diskaun potongan harga sehingga 70% yang mana mereka rasakan ianya sangat berbaloi untuk shopping atau membeli blah. Black Friday hanya terkenal di beberapa buah negara sahaja seperti Amerika, Kanada, Jepun, Australia dan beberapa buah negara lagi tetapi tidak di Malaysia.

Sejarah Di Sebalik Black Friday

Masa ini kalau anda lihat gudang e-commerce seperti Google official store, Amazon, Go Daddy pasti mereka akan memberikan diskaun pada barangan mereka. Di Malaysia, Lazada, Shopee, 11 Street anda takkan jumpa la. Tapi kenapa pada hari ini dinamakan Black Friday? Apa kaitannya hari hitam?

Sejarah Ringkas Black Friday

Black Friday akan berlangsung sehari selepas Thanksgiving Day pada hari jumaat minggu ke 4 setiap bulan November. Kalau di Malaysia ianya jatuh pada jumaat 29 November 2019 la. Tapi di Malaysia, seperti diberitahu memang takda la hari Black Friday ni.

Sejarah ringkas berkaitan Black Friday ni biasanya ada 2 cerita iaitu daripada seorang pengumpul setem, Earl Apfelbaum dan juga cerita daripada teori perniagaan. Menerusi cerita pengumpul setem tersebut pada tahun 1966, Black Friday diberi nama kerana pada hari selepas Thankgiving Day akan berlaku kesesakan yang teruk di bandar dan jalanan dan kerana keadaan itu akan berlaku kemalangan dan kekecohan. Jadi sebab itu nama Black Friday diberi.

Sejarah Di Sebalik Black Friday

Cerita kedua adalah daripada edisi teori perniagaan iaitu dimana pada hari Black Friday, peniaga akan memperoleh keuntungan yang tinggi. Jika anda merekod data, warna dakwat hitam menandakan jualan dengan keuntungan dan warna pen merah adalah bermaksud rugi. Jadi pada hari Jumaat tersebut, peniaga akan mengaut keuntungan, jadi rujukan dakwat hitam digunakan dan dinamakan Black Friday.

Antara Gedung Yang Menawarkan Diskaun Sempena Black Friday Untuk Rakyat Malaysia

Ini antara senarai jualan yang dibuat oleh pihak luar tetapi boleh dihantar ke Malaysia. 
  • Earphone Sudio dengan potongan 25% - Klik Sini
  • Pixel 4 di Google Store dengan potongan $200 - Klik Sini
  • Gedung Guardian juga membuat potongan - Klik Sini
  • Nike USA dengan potongan sehingga 50% - Klik Sini
  • Sephora dengan potongan 15% - Klik Sini
  • Book Depository dengan potongan 15% - Klik Sini

3 Comments

  1. kat malaysia memang tak pernah dengar lagi pasal black friday, good friday biasa la dengar... oooo dah tahu lah apa maksud black friday tuh... masa untuk serbu kedai elektronik la ye

    ReplyDelete
  2. kalu 20 thn lps mmg tak tau psl black friday ni. lps wujud online bisnes ni br laa sy tau n fhm hehehe

    ReplyDelete
  3. ingatkan black tu menda yg menakutkan rupanya perkara yg menyeronokkan hihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post