'Adakah Melissa Wujud?' Ternyata nama ini wujud sama seperti di dalam kertas Bahasa Inggeris, SPM 2019

melissa wujud dalam kertas inggeris spm 2019

Hari kedua Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 telah berlangsung pada hari selasa dengan 2 lagi kertas telah dijalankan iaitu Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Kertas 2. Kini semua pelajar SPM 2019 sudah boleh melupakan seketika kertas Bahasa Inggeris dan fokus pada kertas seterusnya.

Ternyata ianya tidak habis di dalam dewan peperiksaan sahaja, dimana pelajar-pelajar SPM ini membawanya pula kepada dunia media sosial pula sehingga trending #SPM2019 dan juga Melissa. Eh apa kene mengena Melissa dengan SPM 2019?

melissa wujud dalam kertas inggeris spm 2019

Ia sangat bersangku paut kerana nama Melissa itu ada di dalam kertas English tersebut sehingga menjadi perbualan sehingga di Twitter. Masing-masing memberikan pandangan terhadap soalan Melissa tersebut.

Lebih mengujakan lagi, nama Melissa itu bukan sahaja wujud di dalam peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tetapi ianya wujud di dunia sebenar. Sebab itulah Melissa trending di Twitter. Nama Melissa disebut di dalam kertas dimana beliau melakukan terjunan paragliding dan tersangkut ketika mendarat.


Manakala di dunia sebenar, Melissa tersebut sememangnya melalukan terjunan paragliding apabila anda melihat gambar di akaun Instagram nya dengan nama lauramelissawilliams. Melissa Williams telah melakukan paragliding pada julai yang lepas dan telah memuat naik video dan gambarnya di akaun Instagram milik beliau.

Dengan mengetahui akan keadaan ini, rata-rata warganet khususnya pelajar SPM 2019 telah meninggalkan pelbagai riaksi dan komen terhadap gambar-gambar Melissa Williams tersebut.

melissa wujud dalam kertas inggeris spm 2019

melissa wujud dalam kertas inggeris spm 2019

Post a Comment

Previous Post Next Post