Maksud Disebalik Mimpi, Suami Kahwin Lain Menurut Islam

mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam

Antara perkara yang tidak mahu oleh seorang isteri adalah dimana suaminya berkahwin lain walaupun didalam Islam, poligami itu diharuskan. Poligami yang diharuskan adalah seramai 4 isteri bagi satu-satu masa. Walaupun perkara ini baik, tetapi mana ada isteri yang mahukan secara sukarela tanpa sebab.

Tetapi di dalam sebuah mimpi pastinya semua boleh berlaku. Mimpi itu sendiri mempunyai maksud tersendiri jika ditafsir dari sudut pandangan Islam. Walaupun berlaku sekali pun suami kahwin lain di dalam mimpi, pasti si isteri tidak menyukainya. Di dalam Islam, setiap berlaku pasti ada hikmahnya juga dalam tafsiran sesebuah mimpi. Jadi ini adalah maksud mimpi suami kahwin lain menurut Islam.

Jawapan Mimpi Suami Kahwin Lain Menurut Islam Daripada Ustaz Azhar Idrus

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI) jika seorang isteri mimpi akan suaminya kahwin lain merupakan petanda yang baik. Beliau juga mentafsirkan dimana konsep poligami yang dibawa oleh Islam itu sendiri ianya adalah perkara baik. Persepsi yang dibawa sendiri oleh persekitaran membuatkan ianya dipandang serong oleh masyarakat.

Selain daripada itu, menerusi jawapan daripada Hasan Asykuruka daripada video ini. Tafsiran daripada sebuah mimpi suami kahwin lain menurut Islam adalah perkara baik yang akan terjadi dari segi rezeki pekerjaan. Akan dapat pekerjaan yang baik, gaji yang baik dan semuanya berkaitan dengan rezeki. Rujukan melalui video disini

Kesimpulan


Mimpi ini bukan sebarangan individu yang mampu untuk mentafsirnya secara ilmu. Jika anda bukan bidangnya, janganlah memberi jawapan mengikut logik akal dan nafsu. Ini sekadar perkongsian daripada ilmu yang disampaikan oleh ilmuan terhadap tafsiran ini. Di harap para isteri yang mempunyai mimpi suami kahwin lain ini, pandanglah ia kearah yang positif. Ianya hanya mimpi sahaja yang mungkin tidak akan wujud di dunia realiti.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended