Goo Hara Ditemui Mati Di Kediamannya


Jika pada Oktober yang lepas, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kematian artis Korea Selatan Sulli, hari ini sekali lagi dikejutkan lagi seorang iaitu Goo Hara. Beliau bergiat aktif di dalam industri hiburan K-Pop dengan menganggotai kumpulan Kara. Beliau ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong awal pagi tadi.

Menurut laporan daripada pihak Polis Gangnam, penyanti yang berumur berusia 28 tahun itu ditemui lingkungan jam 6 pagi waktu tempatan. Media Korea juga melaporkan demikian. Setakat ini, masih tiada lagi laporan yang memberitahu punca kematian. Pihak polis masih menyiasat asbab kematian mendiang bintang K-Pop itu.

Goo Hara adalah kawan baik kepada mendiang Sulli. Ada laporan yang memberi tahu, pengurus kepada Goo Hara menemui mendiang tidak sedar diri di dalam rumahnya selepas cuba untuk membunuh diri.


Peminat Running Man juga pasti mengenali mendiang yang pernah menceriakan dengan telatah bersahaja ketika berada di dalam rancangan Running man.

Pastinya peminat K-Pop khususnya merasai kehilangan artis kesayangan mereka ini. Semoga ahli keluarga dan fans Goo Hara terus tabah.


sumber : rotikaya.com

Baca Juga

5/Post a Comment/Comments

  1. dunia hiburan bukannya senang, full of stress

    ReplyDelete
  2. laa.. ada lagi. menyedihkan juga industri korea artis semua murung

    ReplyDelete
  3. sedih jugalah sbb slalu jadi Guest Running man..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam cerita artis korea ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Admin tajuk post ni saya keliru kerana tajuk dan isi kandungannya lain, salah eja kot.. maaf ye... sekadar bertanya...

      Delete

Post a Comment

Recommended