Semak No Seat Sebelum Naik Flight. Takut Tiada Tingkap Je Nanti

cara semak no seat kapal terbang, takut tiada tingkap

Mesti ramai yang terjura jika ingin bercuti dengan menaiki kapal terbang, lagi-lagi jika anda buat pertama kali menaiki kapal terbang dalam hidup. Pastinya keterujaan itu mestilah diungkap dengan keadaan flight yang baik dan menarik seperti yang dibayangkan sebelum menaikinya.

Tetapi tahukah anda, keadaan di dalam flight ada bahagian yang kita rasa menarik tetapi hakikatnya tidaklah seperti yang dibayangkan. Baru-baru ini, ada seorang peramugari berkongsikan ciapan di Twitternya dimana memberitahu ada 1 kerusi di dalam kapal terbang dimana ianya tidak disediakan tingkap. Jadi pada bahagian itu tiada tingkap sebaliknya hanya dinding kosong sahaja.

cara semak no seat kapal terbang, takut tiada tingkap

Pastinya mereka yang terujua bertukar resah apabila dapat tahu, seat mereka adalah pada kedudukan tersebut. Nak tengok pemandangan daripada tempat tinggi dan tak boleh. Kecewalah sepanjang penerbangan. Bayangkanlah sekiranya ia penerbangan yang panjang lebih daripada 5 jam. Tidur atau tengok monitor je la kan.

Jadi sekiranya anda berpeluang untuk memilih seat yang baik seperti di sayap kapal terbang dan seat sebelah tingkap, anda kene tahu no seat tersebut. Jadi disini, disertakan cara untuk anda semak no seat yang baik bagi semua Airlines seperti yang terkenal di Malaysia iaitu AirAsia dan Malaysia Arlines

Cara Semak No Seat Terbaik Sebelum Naik Flight

cara semak no seat kapal terbang, takut tiada tingkap

Jika anda berpeluang untuk pilih seat bagi mana-mana Airlines, anda boleh semak seat tersebut adakah kedudukannya baik, selesa dan menarik. Cara anda boleh membuat semakan kedudukan seat :
  1. Anda pergi ke laman web www.seatguru.com
  2. Kemudian pilih Airlines
  3. Disini lah anda boleh pilih Airlines yang anda ingin seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Lion Air, Japan Airlines dan sebagainya
  4. Akhirnya pilih sahaja jenis Kapal Terbang yang ada pada Airlines tersebut dan klik pada jenis tersebut.
  5. Seterusnya akan disenaraikan kedudukan seat beserta informasi.

Sebagai contoh jika anda menaiki pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800, disini akan ditunjukkan layout penuh kapal terbang tersebut. Kedudukan cockpit, no seat, kedudukan tandas, jalan keluar, kerusi kelas pertama, ekonomi dan sebagainya.

cara semak no seat kapal terbang, takut tiada tingkap

Jika anda klik gambar diatas, ianya akan menjadi lebih besar dan jelas atau anda boleh lihat gambar sebenar disini. Dilihat bahagian layout kerusi, terdapat 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. Seat berwarna hijau menandakan kedudukan kerusi yang paling baik kerana kawasan kaki yang lebih luas. Seat berwarna kuning pula adalah kurang baik kerana kadar turun sudut kerusi adalah sedikit. Jadi anda dapat seat tak boleh sandar. Kurusi berwarna merah itulah yang paling tidak menarik kerana di belakang sekali, juga kadar turun sudut kerusi adalah sedikit dan mungkin anda yang terakhir keluar daripada kapal terbang

Manakala bagi (merah) Seat 8A, 8F, 9A, 8F disinilah paling nightmare iaitu kedudukan dimana tiada tingkap disediakan. Nak tengok pemandangan, anda hanya boleh bayangkan sahaja. Disinilah seat no mungkin anda kecewa kalau anda dapat.

cara semak no seat kapal terbang, takut tiada tingkap
sumber : seat 8A

Bagi flight airlines yang lain, anda boleh semak di www.seatguru.com dan jika diberi peluang untuk pilih seat, pilihlah tempat yang terbaik dan selesa bagi anda.

1 Comments

  1. setuju. masa nak book seat tu ada gambar so boleh tengok dulu mana yg dekat sayap, etc

    ReplyDelete
Previous Post Next Post