Jadual & Keputusan Penuh Perlawanan Piala Thomas 2021 (Thomas Cup)

jadual pertandingan piala thomas 2021

Malaysia meneruskan cabaran badminton dalam kejohanan BWF Piala Thomas 2021 bermula 9 Oktober hingga 17 Oktober ini. Kejohanan ini serentak diadakan bersama BWF Piala Uber 2021 di Denmark.

Kejayaan yang cukup membanggakan negara sebelum ini apabila skuad badminton negara berjaya meraih podium untuk pingat gangsa bagi kejohanan Piala Sudirman 2021 dan misi serta semangat tersebut bersambung dalam kejohanan antarabangsa seterusnya.

Piala Thomas juga melibatkan acara berpasukan tetapi hanya untuk kategori lelaki sahaja. Manakala wanita akan sertai kejohanan badminton Piala Uber. 

Sebanyak 16 negara yang terlibat bagi 4 kumpulan yang dipertandingkan. Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama-sama Jepun, Kanada dan England. Walaubagaimanapun England terpaksa menarik diri atas faktor kecederaan.

BACA : Barisan Pemain Badminton Negara Dalam Piala Thomas & Piala Uber 2021

Jadi format pertandingan adalah melibatkan 5 perlawanan iaitu 3 pemain perseorangan dan 2 pemain beregu dan 2 pasukan teratas akan berjaya ke peringkat kalah mati.

Jadual Siaran Langsung Piala Thomas 2021 (Malaysia)

Kejohanan Badminton Piala Thomas 2021 akan bermula pada 9 - 17 Oktober 2021 di Aarhus, Denmark sebagai tuan rumah. Kesemua perlawanan berlangsung di Ceres Arena termasuk Piala Uber.

Untuk rakyat Malaysia, anda boleh saksikan kesemua perlawanan termasuk yang melibatkan pasukan badminton negara menerusi saluran Astro Arena 2 (CH 801 & CH 802) dan Astro SuperSport (CH 814) beserta Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara percuma di saluran TV Okey (CH 146), Sukan RTM (CH 111 di Myfreeview) dan secara online di portal RTMKLIK www.rtmklik.rtm.com.my. Khusus perlawanan melibatkan pasukan Malaysia, anda boleh tonton secara percuma di Sooka.my

>> Jadual Pertandingan Piala Uber 2021<<

Ini jadual penuh pertandingan Thomas Cup (waktu Malaysia, MYT):


9 Oktober 2021

  • Kumpulan A: Chinese Taipei (2) vs (3) Thailand - 2.30 PM
  • Kumpulan A: Indonesia (5) vs (1) Algeria - 1.00 AM
  • Kumpulan B : Korea (4) vs (1) Jerman - 1.00 AM
  • Kumpulan B : Denmark (5) vs (0) Perancis - 1.00 AM

10 Oktober 2021

  • Kumpulan D : Jepun (4) vs (1) Kanada - 7.30 PM
  • Kumpulan C : India (5) vs (0) Belanda - 1.00 AM
  • Kumpulan C : China (5) vs (0) Tahiti - 1.00 AM

11 Oktober 2021

  • Kumpulan A : Indonesia (3) vs (2) Thailand - 7.30 PM
  • Kumpulan A : Chinese Taipei (5) vs (0) Algeria - 7.30 PM
  • Kumpulan B : Korea (4) vs (1) Perancis - 1.00 AM
  • Kumpulan B : Denmark (3) vs (2) Jerman - 1.00 AM

12 Oktober 2021

  • Kumpulan C : China (5) vs (0) Belanda - 7.30 PM
  • Kumpulan C : India (5) vs (0) Tahiti - 1.00 AM
  • Kumpulan D : Malaysia (5) vs (0) Kanada - 1.00 AM


13 Oktober 2021

  • Kumpulan A : Indonesia (3) vs (2) Chinese Taipei - 2.30 PM
  • Kumpulan A : Thailand (5) vs (0) Algeria - 7.30 PM
  • Kumpulan B : Denmark (4) vs (1) Korea - 1.00 AM
  • Kumpulan B : Jerman (3) vs (2) Perancis - 1.00 AM
  • Kumpulan C : Belanda (4) vs (1) Tahiti - 1.00 AM

14 Oktober 2021

  • Kumpulan C : China (4) vs (1) India - 2.30 PM
  • Kumpulan D : Jepun (4) vs (1) Malaysia - 2.30 PM

15 Oktober 2021 (Suku Akhir)

  • Thailand (0) vs (3) China - 2.30 PM
  • Korea Selatan (2) vs (3) Jepun - 2.30 PM
  • Indonesia (3) vs (0) Malaysia - 7.30 PM
  • Denmark (3) vs (1) India - 7.30 PM

16 Oktober 2021 (Separuh Akhir)

  • China (3) vs (1) Jepun - 7.00 PM
  • Indonesia (3) vs (1) Denmark - 7.00 PM

17 Oktober 2021 (Akhir)

  • China (0) vs (3) Indonesia - 7.00 PM

PODIUM

  • EMAS - Indonesia
  • PERAK - China
  • GANGSA - Denmark & Jepun

Post a Comment

Previous Post Next Post