Saksikan Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Slot Megadrama diteruskan lagi dengan drama terbaru, Love Elsa yang akan menemui penonton bermula 15 Jun 2021 di Astro Ria. Drama ini akan menggantikan drama no. 1 di Malaysia untuk tahun 2021, Rindu Awak Separuh Nyawa.

Love Elsa merupakan drama yang diinspirasikan daripada novel Love Elsa karya Acik Lana yang diterbitkan pada tahun 2018. 

Novel ini sebenarnya mempunyai siri 1 dan 2, tetapi menurut pengarahnya, Michael Ang, ianya akan digabungkan menjadi sebuah drama. Jadi macam mana jalan ceritanya adakah sama seperti novel? Korang kena tengok sendiri

Sinopsis Drama Love Elsa

Drama Love Elsa mengisahkkan tentang Ammara (Uyaina Arshad), seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara kembali pada zaman silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan tersebut.

Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim (Zul Ariffin) yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim.

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Pelakon, Pengarah Dan Produksi

Drama ini merupakan arahan pengarah drama terkenal Michael Ang dibawah syarikat produksi Juita Viden Production Sdn. Bhd.

Antara barisan pelakon utama dalam Love Elsa ialah Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Mona Allen dan Roman Zam Zam. Kemudian dibantu oleh oleh Zeera Azizi, Nasz Sally, Iman Suhana, Badrul Muhayat, Azhar Amir, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

OS Drama

Lagu Ika Noh (It's You), nyanyian daripada Marsha Milan feat Fanzi Ruji

Waktu Tayangan

Jangan lupa bermula 15 Jun ini, saksikan kesemua 24 episod drama Love Elsa yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria saluran 104. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Kepada bukan pelanggan Astro, boleh strim menggunakan aplikasi Sooka dengan melanggan pakej VIP serendah RM15.90/sebulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post