JAIS Mengehadkan Jumlah Jemaah Di Masjid Dan Surau Di Kawasan PKP Di Selangor

JAIS Mengehadkan Jumlah Jemaah Di Masjid Dan Surau Di Kawasan PKP

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk mengehadkan bilangan jemaah bagi solat fardhu, solat jumaat dan solat tarawih bagi 6 daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam SOP terbaru yang diumumkan.

Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan lebih teruk kes penularan COVID-19 terutamanya di 6 daerah ini yang saban hari menerima kes baru yang tinggi. Oleh itu, SOP ini berkuat kuasa bermula 6 Mei sehingga tamat tempoh PKP.

SOP Terbaru Di Selangor Daripada JAIS

Ketetapan bilangan jemaah ini bagi solat Jumaat, solat Fardhu dan Solat Tarawih bagi 6 daerah PKP sahaja iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.


1)  Solat Fardhu

  • Hanya 50 jemaah termasuk pentadbir di surau kariah dan surau solat Jumaat
  • Hanya 100 jemaah termasuk pentadbir di masjid kariah dan masjid pengurusan
  • 200 jemaah termasuk pentadbir di masjid institusi, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Rahimah

2)  Solat Jumaat

  • 50 jemaah termasuk pentadbir di surau solat Jumaat
  • 100 jemaah termasuk pentadbir di masjid kariah dan masjid pengurusan
  • 200 jemaah termasuk pentadbir di masjid institusi
  • 500 jemaah termasuk pentadbir di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Rahimah

3)  Solat Tarawih

  • 50 jemaah termasuk pentadbir di surau kariah dan surau solat Jumaat
  • 100 jemaah termasuk pentadbir di masjid kariah dan masjid pengurusan
  • 200 jemaah termasuk pentadbir di masjid institusi
  • 500 jemaah muslim termasuk pentadbir dan 100 muslimat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Rahimah

Setakat ini tiada lagi pengumuman berkaitan SOP bagi solat sunat Aidilfitri daripada pihak JAIS kepada orang ramai.

Untuk 3 lagi daerah yang tidak dikenakan PKP iaitu daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP), jumlah jemaah adalah kekal seperti biasa.


sumber : selangorkini

Post a Comment

Previous Post Next Post