Tips Atasi Masalah Mengantuk Dalam Kelas Ketika Berpuasa

Tips Atasi Masalah Mengantuk Dalam Kelas Ketika Berpuasa

Musim persekolahan sudah bermula termasuk juga bagi pelajar-pelajar univerisit. Dalam masa yang sama juga bulan puasa atau bulan Ramadan bakal tiba. Ini bermakna, pelajar sekolah atau universiti akan menjalani sesi pembelajaran ketika berpuasa.

Pastinya mudah rasa penat atau mengantuk di dalam kelas adalah perkara biasa lagi-lagi jika dalam keadaan lapar sebab berpuasa. Sebenarnya ada pelbagai cara bagi mengatasi atau mengurangkan rasa mengantuk di dalam kelas di bulan puasa ini. Berikut merupakan tip atau cara atas masalah mengantuk dalam kelas ketiak berpuasa

5 Tips Dan Cara Atasi Mengantuk Di Dalam Kelas Ketika Berpuasa

Perkara penting bagi atasi masalah ini adalah bermula dari sahur lagi.

#1.  Ambil Zat Besi

Ketika sahur, penuhi keperluan zat besi. Ini kerana sumber zat besi boleh diperoleh dari pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, sawi, kangkung dan pucuk ubi.

#2.  Pengambilan Buah Dan Sayur

Menjaga keseimbangan pengambilan diet sangat penting. Oleh itu, kita amatlah digalakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin-c untuk meningkatkan kesan penyerapan zat besi dalam tubuh. Antara yang boleh diambil yang mengandungi khasiat vitamin C adalah seperti buah jambu batu, oren, betik, kiwi, nanas dan pelbaga lagi.

#3.  Minum Air Yang Mencukupi

Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari antara waktu berbuka hingga ketika sahur. Kekerapa minum air putih sudah cukup untuk membantu mencegah tubuh daripada kekurangan air sehingga tubuh tetap rasa dan bersemangat meskipun menjalani ibadah puasa hingga ke waktu berbuka. Jadi ianya dapat mengurangkan rasa penat ketika di dalam kelas dan mengelakkan rasa mengantuk.

#4.  Pengambilan Karbohidrat Ketika Sahur

Kita sangat digalakkan mengambil sumber makanan karbohidrat seperti beras, oat, roti, gandum, jagung, kurma, atau ubi kerana sumber karbohidrat kompleks ini lebih lambat untuk dipecahkan menjadi gula dalama darah. 

Ia secara langsung membantu meningkatkan tenaga dalam tubuh. Ini bermakna, lebih lama anda menyimpan tenaga, makan anda tetap segar sepanjang hari selama mana anda berpuasa.

#5.  Senaman Ringkas

Inilah antara perkara yang anda boleh buat ketika itu jika pemakanan anda tidak seimbang iaitu melalukan senama ringkas. Tidak perlu bangun atau mencari ruang besar, sudah cukup jika dapat dilakukan di tempat sendiri.

Hanya buat beberapa regangan otot pada badan terutama di bahagian pergelangan tangan, leher, sikut, pinggang dan kaki. Urut perlahan-lahan untuk mengalirkan peredaran darah dan ini membantu mengurangkan rasa mengantuk.

Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments