Saksikan Telefilem Diam Tanda Setuju (Astro Citra)

Telefilem Diam Tanda Setuju (Astro Citra)

Kali ini, melalui slot Citra Exclusive, Astro membawakan sebuah telefilem romantik komedi, Diam Tanda Setuju yang akan disiarkan di Astro Citra pada 10 April 2021.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon lama dan berpengalaman serta pelakon baru. Antara pelakon berpengalaman ialah Mawar Rashid, Beto Kusyairi dan Farid Kamil. Manakala pelakon baru (instafemous) iaitu Nurin Afiqah yang mula berkecimpung dalam dunia lakonan pula.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi telefilem Diam Tanda Setuju ini ialah Mawar Rashid, Nurin Afiqah, Beto Kusyairy, Farid Kamil, Razman Mahayuddin, Syrul Ezwan, Saliza Ali, Hakimi Rejab, Shamer Rashid, Zack Zabhas, Tengku Zara dan ramai lagi.

Telefilem Diam Tanda Setuju (Astro Citra)

Produksi

Telefilem ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd. dengan kerjsama Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan Yus Yusop sebagai penerbit. Osman Ali bertanggungjawab sebagai pengarah merangkap penulis skrip bagi telefilem ini. Beliau dibantu oleh Dyeanna Jemat sebagai penolong pengarah. 

Sinopsis Telefilem Diam Tanda Setuju

Telefilem Diam Tanda Setuju mengisahkan dua sahabat baik Milah (Mawar Rashid) dan Bibah (Nurin Afiqah) yang berhadapan dengan konflik perhubungan di saat mereka mula panik memikirkan usia mereka yang semakin meningkat tetapi belum bertemu jodoh. Siapakah yang berjaya dipilih oleh jejaka idaman mereka, Akim (Beto Kusyairy)? Nantikan...

Telefilem Diam Tanda Setuju (Astro Citra)

Telefilem Diam Tanda Setuju (Astro Citra)

Waktu Tayangan

Telefilem Diam Tanda Setuju akan bersiaran pada 10 April ini, hari Sabtu jam 9 malam hingga 11 malam melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra (CH128) dan Citra HD (CH108). Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post