Rentas Negeri Masih Lagi Tidak Dibenarkan - Ismail Sabri

Rentas Negeri Masih Lagi Tidak Dibenarkan

Melalui sidang media daripada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri dimana rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara kecuali mendapat kebanaran polis atau melalui green travel bubble.

Akan tetapi rentas daerah dibenarkan bagi seluruh negeri setakat ini kecuali bagi negeri Sarawak dan Sabah atas permintaan daripada kerajaan negeri dengan tidak membenarkan pergerakan rentas daerah.

Manakala bagi SOP Hari Raya Aidilfitri, Ismail Sabri mengumumkan, pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) masih memperalusi bersama MKN dan KKM bagi ketetapan SOP dikala Lebaran nanti.

Status PKP, PKPB dan PKPP Di Seluruh Negeri

Dalam sidang media media itu juga, Menteri Keselamatan juga mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) kekal untuk 9 negeri iaitu Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Manakala Sabah bertukar status daripada PKPP kepada PKPB.

Oleh itu, kini Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah masih dibawah status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua status PKPB dan PKPP ini berkuat kuasa bermula 29 April hingga 17 Mei 2021 kecuali negeri Sarawak.

pkp kelantan dilanjutkan

Manakala PKP seluruh jajahan di negeri Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang dilanjutkan sehingga 17 Mei 2021.

Diingatkan lagi kepada semua, sentiasa amalkan norma baharu bagi melawan COVID-19 yang masih berlaku di dalam negara dengan sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Post a Comment

Previous Post Next Post