Permohonan Bantuan MyKasih Kapital Untuk Kaum Wanita Kini Dibuka

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital Untuk Kaum Wanita Kini Dibuka

Berita baik untuk kaum wanita yang menjalankan perniagaan. Permohonan bagi bantuan MyKasih Kapital yang diperkenalkan sebelum ini khusus untuk kaum wanita kini telah dibukan. Anda boleh mula mohon sekarang.

Bantuan MyKasih Kapital sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu. Kini secara rasmi permohonan ini dibuka selepas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan dalam sidang media.

Melalui Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, MyKasih Kapital merupakan insentif tambahan bakal memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Bantuan ini juga adalah bagi menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka

Melalui bantuan ini, seramai 2,000 wanita akan dipilih berdasarkan kelayakan bagi memulakan projek rintis ini. Permohonan boleh dibuat sekarang sehingga tarikh tutup dengan hubungi 03-8323 2433 atau mohon secara dalam talian (online) di portal Yayasan Kebajikan Negara dengan klik pautan dibawah

MOHON DISINI/button

Jadi jangan tunggu lagi, kepada kaum wanita yang berniaga, mohon sekarang untuk dapatkan bantuan MyKasih Kapital yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu anda.

Permohonan Bantuan MyKasih Kapital Untuk Kaum Wanita Kini Dibuka

Post a Comment

Previous Post Next Post