Info Dan Sinopsis Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kali ini akan ditayangkan di panggung wayang rumah anda di Astro First. Berbeza dengan sekual filem-filem sebelum ini, 16 dan 17 Puasa yang disiarkan di Astro Citra.

Siapa sangka, jika di luar negara kita boleh nampak gabungan Marvel Universe dalam sebuah filem dan kali ini di Malaysia pun sudah ada. Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang ini merupakan gabungan universe antara siri 17 Puasa dan Kampong Pisang. Pastinya akan memberikan lebih gelak tawa tentang ragam orang kampung yang tidak berpuasa.

Sinopsis Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang

Setelah dihentuk di kepala oleh durian yang jatuh, Barkoba (Bell Ngasri) jatuh tidak sedarkan diri. Kemudian dia menemui iblis (Namron) yang ingin membawanya ke neraka.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Walaubagaimanapun, Barkoba menyangkal kesemua perbuatan salahnya yang melayakkan dia ken neraka. Oleh itu, iblis membawanya dalam perjalanan ke masa lalunya untuk menayangkan kesalahannya dan membuktikan dia salah.

Pelakon 

Filem ini dibarisi pelakon sedia ada dan pelakon baru seperti Bell Ngasri, Kazar, Aziz M Osman, Siti Elizad, Namron, Jaafar Onn, Mat London, Dewa Sapri, Man Raja Lawak, Ahmad Yasin, Joey Daud, Afea Deanna Baharudean, Mohd Rashid dan ramai lagi. 

Tidak lupa juga dengan penampilan khas daripada Ustaz Kazim Elias di dalam filem ini.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Pengarah Dan Produksi

Filem ini diarahkan oleh seorang sutradara terkenal negara yang tidak asing lagi dengan Kampong Pisang, Mamat Khalid dengan terbitan daripada produksi Enjit-Enjit Semut Motion Pictures bersama Astro Shaw.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Waktu Tayangan

Anda boleh mula melanggan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mulai 15 April 2021 (Khamis) dengan harga RM15 untuk 2 hari (48 jam) di Astro First salurang 480, di pawagam rumah anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post