3 Kadar Zakat Fitrah Bagi Wilayah Persekutuan Tahun 2021 Iaitu RM5, RM7 RM14. Ini Keadah Bayaran

3 Kadar Zakat Fitra Bagi Wilayah Persekutuan Tahun 2021 Iaitu RM5, RM7 RM14. Ini Keadah Bayaran

Tahun ini, 2021, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan 3 kadar Zakat Fitrah bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya iaitu RM5, RM7 dan RM14. Juga disediakan pelbagai platform untuk membuat pembayaran.

Kadar ini dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kadar wajib RM5 ini ditetapkan bagi meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan bagi menunaikan zakat fitrah berikutan COVID-19. Manakala bagi 2 lagi kadar Zakat Fitrah iaitu RM7 dan RM14 ditetapkan bagi mereka yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis yang dimakan.


Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan

Kadar wajib Zakat Fitrah ialah RM5 dan mereka yang sedikit berkemampuan boleh menunaikan Zakat Fitrah RM7 atau RM14 bagi setiap individu di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi membuat bayaran Zakat Fitrah. Pihak MAIWP juga telah melantik 73 Ketua Amil dan 836 Amil bagi memudahkan umat Islam menunaikan kefarduan Zakat Fitrah.

Selain daripada bayaran terus ke Amil, terdapat juga pelbagai platform online yang anda boleh buat bayaran Zakat Fitrah seperti :


sumber : MAIWP

Post a Comment

Previous Post Next Post