2 Kadar Zakat Fitrah Bagi Johor Tahun 2021 Iaitu RM7 Dan RM10. Ini 5 Keadah Bayaran

2 Kadar Zakat Fitrah Bagi Johor Tahun 2021 Iaitu RM7 Dan RM10. Ini 5 Keadah Bayaran

Johor hari ini menetapkan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri itu untuk tahun 2021 iaitu Rm7 dan RM10. Penetapan ini telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

MAINJ telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sulta Iskandar bagi penetapan 2 kadar zakat fitrah bagi tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanti berkata, kadar zakat fitrah RM7 untuk umat Islam di Johor yang menggunakan beras jenis Super Tempatan manakala RM10 untuk umat Islam menggunakan beras jenis selain Super Tempatan seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

5 Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Di Johor Darul Takzim

Melalui 2 kadar Zakat Fitrah iaitu RM7 dan RM10, umat Islam boleh buat bayaran menerusi 5 cara (online) bermula 1 Ramadan sehingga jam 8 pagi, 1 Syawal. Selain daripada bayaran terus kepada Amil bertauliah yang dilantik dan kaunter Zakat MAINJ, umat Islam di Johor juga boleh buat bayaran secara online.


1.  Zakat Johor Online Payment

Bayaran boleh dibuat secara online di epayment.maij.gov.my. Boleh lihat tutorial yang ditetapkan disini.

2.  Fast Pay

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di fitrah.maij.gov.my. Lihat tutorial cara bayaran disini.

3.  Johor Online Payment

Anda juga boleh buat bayaran secara dalam talian (online) di onlinepayment.johor.gov.my dan boleh lihat cara atau tutorial bayaran disini.

4.  SnapNPay QR Code

imbas kod qr zakat fitrah johor

5.  Melalui aplikasi SnapNPay

Anda boleh muat turun aplikasi SnapNPay di Google Play Store atau App Store dan boleh mula buat bayaran.


sumber : MAIJ

Post a Comment

Previous Post Next Post