Panggung Wayang Kini Dibuka Semula Dan Ini Senarai Filem Yang Akan Ditayangkan

Panggung Wayang Kini Dibuka Semula Dan Ini Senarai Filem Yang Akan Ditayangkan

Sudah beberapa bulan, rakyat nantikan pembukaan semula panggung wayang. Katanya dah lama tak tengok wayang di skrin besar dengan sound system yang padu. Ini lah antara industri yang agak lambat dibenarkan untuk beroperasi semula sepanjang tempoh PKP 2.0 ini.

Walaubagaimanapun selepas pengumuman PKP tidak lagi dilanjutkan di beberapa buah negeri dan kini hanya ada PKPB dan PKPP sahaja, barulah panggung wayang kini dibenarkan beroperasi semula. 

Seperti pengumuman yang dibuat oleh syarikat utama panggung wayang di Malaysia, GSC dan TGV Cinemas akan beroperasi semula bermula 5 Mac 2021 dengan mengikut segala SOP yang yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Walaubagaimana, setakat 5 Mac hanya beberapa negeri sahaja yang membenarkan panggung wayang dibuka semula :

Golden Screen Cinemas (GSC)

Setakat ini hanya 26 lokasi GSC yang dibuka seluruh Malaysia dengan hanya melibatkan 8 negeri bermula Jumaat, 5 Mac 2021.

TGV Cinemas

Manakala untuk TGV Cinemas, kesemua lokasi dibuka semula kecuali TGV Miri dan Vivacity juga bermula 5 Mac ini

Filem Yang Bakal Ditayangkan

Pastinya ramai tertunggu-tunggu untuk saksikan pergaduhan Kong dan Godzilla atau pertembungan antara Tanjiro bersama Demon. Jangan risau, semua ada. Ini antara filem yang anda boleh tonton di panggung wayang selepas ini

  • Demon Slayer : Mugen Train
  • Standy By Me Doraemon 2
  • Wonder Woman 1984
  • Shock Wave 2
  • Raya and The Last Dragon
  • Kong vs Godzilla dan banyak lagi

filem panggung wayang mac 2021

Jadi tunggu apa lagi, buat tempahan awal sekarang...

Post a Comment

Previous Post Next Post