Arab Saudi Mewajibkan Vaksin COVID-19 Untuk Bakal Haji Tahun Ini

Arab Saudi Mewajibkan Vaksin COVID-19 Untuk Bakal Haji Tahun Ini

Tahun ini, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 kepada bakal haji bagi melaksanakan ibadah tersebut. Jika sebelum ini, bakal haji dikehendaki mendapatkan vaksinaasi meningococcal sekurang-kurangnya 3 tahun atau tidak kurang 10 hari sewaktu tiba di Mekah.

Menurut laporan Astroawani, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Benten, memberitahu pemberita semalam berkenaan mewajibkan vaksin COVID-19 untuk peserta haji tahun ini.

Selain itu Menteri Kesihatan Arab Saudi juga telah berkata, vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiap sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji

Untuk maklumat, Arab Saudi telah pun memulakan program vaksinasi COVID-19 mereka iaitu pada 17 Disember yang lalu yang melibatkan vaksin daripada pengeluar Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Arab Saudi Mewajibkan Vaksin COVID-19 Untuk Bakal Haji Tahun Ini
sumber : public health malaysia

Jadi seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan layak menerima vaksin, daftar vaksin segera melalui aplikasi MySejahtera. Jangan berlengah lagi.

 

sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post