Kuantan Kini Menjadi Bandaraya Yang Juga Merupakan Bandaraya Yang Ke-18 Di Malaysia

Kuantan kini menjadi Bandaraya Kuantan

Kuantan kini secara rasmi dimasyhurkan menjadi Bandaraya Kuantan selepas pengishtiharan rasmi yang dibuat pada 21 Februari 2021 yang lepas. Ianya juga telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan akan menjadi Datuk Bandar Kuantan yang pertama seperti yang diperkenankan oleh Seri Paduka di-Pertuan Agong.

Selain itu, Baginda juga berkenan merasmikan pembukaan Menara Kuantan 188 dan juga Jamabatan Putra pada malamnya. Menara Kuantan 188 menjadi bangunan kedua tertinggi di Malaysia dan Jambatan Putra yang akan menghubungkan Bandar Putra di Tanjung Lumpur dengan Pusat Bandar Kuantan.


Kuantan Kini Bandaraya Yang Ke-18 Di Malaysia

Menurut data, Kuantan kini mempunyai penduduk seramai 427,515 orang. Ianya juga merupakan ibu negeri Kuantan dan segala pentadbirang Kerajaan berpusat disini. Kuantan juga menjadi antara pusat pelancongan terkenal di Pahang terutamanya pada bahagian Pantai Timur.

Kuantan kini menjadi Bandaraya Kuantan

Berikut merupakan senarai loaksi Bandaraya di Malaysia

  • George Town - 1 Januari 1957
  • Kuala Lumpur - 1 Februari 1972
  • Ipoh - 27 Mei 1988
  • Kuching - 1 Ogos 1988
  • Johor Bahru - 1 Januari 1994
  • Kota Kinabalu - 2 Februari 2000
  • Shah Alam - 10 Oktober 2000
  • Melaka - 15 April 2003
  • Alor Setar - 21 Disember 2003
  • Miri - 20 Mei 2005
  • Petaling Jaya - 20 Jun 2006
  • Kuala Terengganu - 1 Januari 2008
  • Iskandar Puteri - 22 November 2017
  • Seberang Perai - 16 September 2019
  • Seremban - 1 Januari 2020
  • Subang Jaya - 20 Oktober 2020
  • Pasir Gudang - 22 November 2020
  • Kuantan - 21 Februari 2021

Dulu Majlis Perbandaran Kuantan, kini Majlis Bandaraya Kuantan


sumber : Pahang Media

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended