Kini Anda Boleh Deposit Wang Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay (Maybank - Tanpa Caj Tambahan)

cara deposit Tabung Haji guna JomPay

Akhirnya, pihak Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dimana pendeposit kini boleh deposit wang ke akaun Tabung Haji menggunakan JomPay. Paling best apabila tiada caj tambahan yang dikenakan bagi setiap transaksi.

Jika sebelum, segala transaksi atau deposit secara online boleh digunakan sama ada melalui direct transfer daripada Bank menggunakan perbankan internet atau ada juga melalui posonline. Walaubagaimanapun, kesemua cara ini dikenakan caj tambahan bagi setiap transaksi dari 50sen hingga RM1.

Dengan pengumuman pembayaran secara onlin melalui JomPay ini, pihak Tabung Haji memberitahu, tiada caj tambahan dikenakan apabila transaksik dibuat menerusi JomPay. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke pautan tabunghaji.gov.my/jompay

Cara Deposit Wang Ke Tabung Haji Guna JomPay

Untuk melayakkan anda menggunakan JomPay, anda perlulah mempunyai perbankan internet dari mana-mana bank yang menyokong JomPay seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya. Disini akan ditunjukkan cara deposit guna JomPay melalui Maybank2u.

BACA : Cara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Cara Guna JomPay Di Maybank2u


Langkah 1 :-

Terlebih dahulu, anda perlu Log In di www.maybank2u.com.my. Kemudian pergi ke Pay & Transfer > Pay > Pay To > dan pilih "JomPay"

cara deposit Tabung Haji guna JomPay

Langkah 2 :-

Kemudian anda perlu isi maklumat transaksi yang diperlukan. Maklumat adalah seperti dibawah:

  • Biller Code - 60228
  • Biller Code Name - Tabung Haji Deposit
  • Ref-1 : Nombor Akaun Tabung Haji (TH - 15 digit)
  • Ref-2 : jika ada
  • Akhir sekali, masukkan amaun (RM) ikut yang anda mahu

Jika sudah lengkap, klik "Pay"

cara deposit Tabung Haji guna JomPay

Langkah 3 :-

Jika semua maklumat sudah tepat, masukkan nombor TAC dan klik "Confirm". Selesai!

cara deposit Tabung Haji guna JomPay

Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja. Boleh semak secara online di THiJARI.

BACA : Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Post a Comment

Previous Post Next Post