Senarai Biasiswa, Pinjaman Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Senarai Biasiswa, Pinjaman Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Bagi murid sekolah sehingga pelajar yang bakal menjadi mahasiswa, anda boleh dapatkan senarai biasiswa, pinjaman atau bantuan pelajaran yang ditawarkan sepanjang tahun 2021 disini.

Kita sedia maklum, tahun 2020 dan 2021 ini menjadi tahun yang sukar kepada ramai orang tertumanya dalam sektor pendidikan disebabkan pandemik yang berlaku di Malaysia dan didunia secara amnya.

Tetapi pendidikan harus diteruskan demi masa depan. Jika di peringkat persekolahan, murid-murid rata-rata melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara online. Manakala mereka yang bakal menyambung pelajaran ke menara gading, mungkin dibenarkan pulang atau tidak pada Mac ini, masih belum pasti.

Dalam keadaan ini, pastinya ibubapa terbeban dengan kewangan. Jadi jika ada segala jenis bantuan pelajara khususnya, anda boleh dapatkan maklumat disini. Kami akan cuba kemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Biasiswa, Pinjaman Dan Bantuan Pelajaran Sepanjang Tahun 2021

*senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan menyediakan pautan atau link yang berkaitan

Bantuan Permulaan IPT, Zakat Pulau Pinang
Sasaran : Anak Penang yang bakal melanjutkan pelajaran
Tempoh : Sepanjang tahun
Link : zakatpenang

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) 2021 (Sabah)
Sasaran : Anak Sabah yang bakal melanjutkan pelajaran
Tempoh : Bermula Mac hingga 30 Oktober 2021
Link : https://mttk.sabah.gov.my/

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT)
Sasaran : Anak Kedah
Tempoh : 1 Mac 2021 sehingga 1 Disember 2021
Link : sppnk.kedah.gov.my/

SKIM Bantuan Zakat UTHM
Sasaran : Pelajar UTHM
Tempoh : Sepanjang tahun
Link : Zakat UTHM

Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam & Luar Negara) 2021
Sasaran : Anak Perak bakal melanjutkan pelajaran
Tempoh : 3 bulan selepas tarikh pendaftaran masuk IPT
Link : http://yayasanperak.gov.my

Sunway Scholarships & Financial Aid 2021
Sasaran : Lepasan SPM dan O-Level
Tempoh : 2 minggu setelah keluar keputusan sebenar
Link : https://my.sunway.edu.my/scholarships/

Biasiswa Karangkraf
Sasaran : Lepasan SPM, STPM dan Diploma
Tempoh : Sepanjang tahun
Link : https://www.karangkraf.com/biasiswa-karangkraf/

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Tahun 2021
Sasaran : Ijazah Sarjana Muda IPTA & IPTS
Tempoh : 27 September – 13 Oktober 2021
Link : https://ytn.tnb.com.my/

Pinjaman Yayasan Tenaga Nasional Tahun 2021
Sasaran : Pelajar UNITEN
Tempoh : 1 – 26 September 2021
Link : https://ytn.tnb.com.my/

Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Tahun 2021
Sasaran : Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara
Tempoh : Sehingga 30 September 2021
Link : https://www.bursamalaysia.com/about_bursa/sustainability/yayasan-bursa-malaysia/scholarship

Biasiswa Yayasan DayaDiri Tahun 2021
Sasaran : Tahun Pertama ATAU Tahun Kedua di Peringkat Sarjana Muda
Tempoh : Sehingga 30 September 2021
Link : https://form.jotform.com/212438631829460

Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC)
Sasaran : Tahun 1 atau Tahun 2 Peringkat Ijazah Sarjana Muda IPTA/IPTS
Tempoh : Sehingga 20 September 2021
Link : www.myrubbercouncil.com/scholarships2021/mrepcscholaronlineform.php

Biasiswa Yayasan KLK (Kuala Lumpur Kepong) Tahun 2021
Sasaran : Ijazah Sarjana Muda
Tempoh : Sehingga 6 Oktober 2021
Link : https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship

Biasiswa Y2H Capital
Sasaran : Undergraduate Degree bersama Magdalene College, Cambridge University
Tempoh : Sehingga 28 Februari 2022
Link : http://www.yh2capital.com/yh2-capital-scholarship/

Biasiswa Yayasan Terengganu Skim Pelajar Cemerlang 2021
Sasaran : Ijazah pertama dalam negara
Tempoh : 20 hingga 30 September 2021
Link : https://ytklik.terengganu.gov.my/

Biasiswa Sultan Ibrahim Sesi 1 / 2021
Sasaran : Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
Tempoh : 21 hingga 30 September 2021
Link : https://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT Sesi 2 /2021
Sasaran : Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Tempoh : 20 hingga 30 September 2021
Link : https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2021
Sasaran : Semua peringkat di IPT
Tempoh : 17 September hingga 4 Oktober 2021
Link : http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my

Biasiswa IPT Yayasan Pahang 2021
Sasaran : Lepasa STPM
Tempoh : 17 September hingga 4 Oktober 2021
Link : http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/

...

Post a Comment

Previous Post Next Post