'Harimau Menangis' Sudah Didaftarkan? Ikuti Penjelasan Pihak MyIPO Sendiri

'Harimau Menangis' Sudah Didaftarkan? Ikuti Penjelasan Pihak MyIPO Sendiri

Jadi betul ke cap dagangan 'Harimau Menangis' kini sudah didaftarkan secara rasmi? Jadi orang lain tak boleh la guna tanpa kebenaran daripada pemilik? Dengan kemusykilan ini, pihak MyIPO tanpil buat penjelasan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu nama produk Harimau Menangis keluaran usahawan Noor Kartini Noor Mohamed dimana menerusi video tersebut dengan menyatakan bahawa beliau telah mendaftarkan dan mempunyai hak eksklusif ke atas cap dangan Harimau Menangis.

Status Permohonan Cap Dagangan Harimau Menangis

Disebabkan itulah, pihak Perbadangan Harta Intelek Malaysia (MyIP) tampil untuk menjawab berkaitan perkara ini. 

Dalam kenyataan media tersebut, MyIPO memberitahu dimana mereka telah menerima permohonan untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis pada bulan November yang lalu, namun sebenarnya ianya masih dalam peringkat pemeriksaan.

Oleh itu, jenama Harimau Menangis yang dimohon tersebut belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau. Keputusan sama ada lulus atau tidak, ianya bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO.

Segala proses permohonan adalah sepertimana biasa iaitu berlandaskan undang-undang sedia ada. Suhubungan dengan itu, pihak MyIPO meminta pihak pemohon tidak mendahului keputusan dengan mendakwa bahawa jenama Harimau Menangis sudah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.

myipo harimau menangis

myipo harimau menangis

Kategori Cap Dagangan

MyIPO juga menerangan 3 kategori yang terdapat dibawah cap dagangan iaitu :

1.  Tanda: termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.

2.  Cap Kolektif: adalah suatu tanda menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain.

3.  Cap Perakuan: adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.


Faedah Mendaftar Cap Dagangan Dengan MyIPO

Jika anda mempunyai jenama sendiri, anda disaran untuk mendaftar bagi mengelakkan jenama ditiru oleh pihak lain. Selain itu, anda boleh peroleh hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan tersebut.

Sekiranya ada peniruan atau ciplak, anda boleh ambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja menggunakan tanpa izin. Selain itu, boleh juga melesenkan kepada pihak lain untuk menjana pendapatan tambahan menerusi jenama anda tersebut.

Cara Daftar Jenama Di MyIPO

Jadi orang ramai terutamanya peniaga yang memiliki jenama sendiri, boleh daftar dan dapatkan maklumat lanjut di laman web www.myipo.gov.my dan setiap pemfailan permohonan hanya dikenakan fi sebanyak RM950 bagi setiap kelas untuk perlindungan selama 10 tahun.


sumber : twitter myipo

Post a Comment

Previous Post Next Post