Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Yang Baru Bermula 1 Januari 2021

Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Yang Baru Bermula 1 Januari 2021

Bermula 1 Januari 2021, anda perlu menggunakan borang permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang baru yang akan digunakan di seluruh Malaysia.

Saringan HIV bagi bakal pengantin dikalangan orang Islam adalah wajib dan antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan pernikahan mulai tahun 2009.

Jadi antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melangsungkan perkahwinan seperti perlu buat permohonan nikah bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan dan juga borang saringan HIV, juga untuk perempuan dan lelaki.

Jika sebelum ini, borang saringan HIV atau HIV test ini berlainan bagi setiap negeri tetapi kali ini ianya diselaraskan untuk seluruh negara. Ini bermakna, anda hanya menggunakan borang yang sama bagi setiap negeri untuk menjalani saringan HIV Pra Perkahwinan.

Dapatkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Yang Baru

Jadi bermula 1 Januari 2021, borang Ujian Saringan HIV yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAIN) tidak akan digunakan lagi di Klinik Kesihatan. Bakal pengantin yang ingin menjalani ujian saringan HIV pra perkahwinan di Klinik Kesihatan dikehendaki mengisi 'Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan KKM/HIV/SPP01/09 PIND.01/2020'. Ianya diselaraskan untuk semua negeri.

Anda boleh dapatkan borang permohonan ini secara online dengan dimuat turun dari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) atau melalui JHEAIN di negeri masing-masing.

Download Borang Disini

borang baru ujian saringan pra perkahwinan tahun 2021

Borang permohonan ini perlu diisi dalam 𝐃𝐔𝐀 (𝟐) 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 dan dibawa ke Klinik Kesihatan semasa hadir menjalani ujian saringan. 

BACA : Prosedur ujian saringan HIV Pra Perkahwinan Tahun 2021

Pemberitahuan Keputusan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Pemberitahuan keputusan ujian saringan HIV kepada bakal pasangan akan dilakukan dengan cermat dan profesional oleh Pengamal Perubatan selaras dengan MMC Guidelines on Confidentiality setelah mendapat persetujuan pesakit.

Info Berkaitan

  1. Tempoh sah laku pengesahan ujian saringan HIV adalah selama 6 bulan dari tarikh ujian saringan dilakukan
  2. Permohonan ujian saringan HIV hendaklah dilakukan oleh pemohon selewat-lewatnya satu (1) bulan dari tarikh akad nikah bagi tujuan pengesahan keputusan daripada pihak Kesihatan
  3. Ujian saringan HIV pra perkahwinan dilakukan dimana-mana Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post