Apakah Yang Perlu Dibawa Jika Ditahan Di PKRC 2.0, MAEPS Serdang?

Apakah Yang Perlu Dibawa Jika Ditahan Di PKRC 2.0, MAEPS Serdang?

Jika anda positif COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di PKRC, MAEPS Serdang. Apakah perkara yang perlu dibawa selama berada di sana?

Kita sedia maklum, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah mengaktifkan semula Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 pada Disember 2020 yang lepas. Ini berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dari ke hari.

Walaubagaimanpun, mereka yang dimasukkan di PKRC ini kebanyakan adalah daripada kategori 1 (iaitu individu yang tidak bergejala) dan kategori 2 (iaitu pesakit yang bergejalan ringan). 

Jadi jika anda tergolong dalama kategori 1 dan 2 dan diarahkan untuk ke PKRC MAEPS Serdang ini, apa yang perlu anda bawa selama 10 hari kuarantin disana? Atau adakah perkara larangan yang tidak boleh dibawa atau dilakukan sepanjang tempoh tersebut?

Barangan Yang Perlu Dibawa?

Jadi melalui perkongsian daripada pihak CPRC, mereka menyenaraikan antara barangan yang perlu dan boleh dibawa ke MAEPS sepanjang tempoh kurantin ini. Fasiliti pastinya disediakan bagi tujuan keselesaan pesakit, tetapi barangan keperluan sendiri perlu juga disiapakan sendiri. Antara yang perlu dibawa:

  • Pakaian yang selesa
  • Sweater
  • Baju tidur
  • Tuala
  • Telekung dan perlatan solat
  • Keperluan peribadi (mandi)
  • Bag mudah bawa
  • Sliper
  • Stoking
  • Pakaian dalam
  • Pelitup muka
  • Sanitizer
  • Snek, maggi dan minuman 3-in-1
  • Ubat-ubatan peribadi
  • Lip balm

Anda juga boleh bawa barangan hiburan sepanjang di PKRC seperti :

  • Al-Quran
  • Buku
  • Laptop, iPad atau tablet
  • Telefon pintar dan charger
  • Powerbank

Apakah Yang Perlu Dibawa Jika Ditahan Di PKRC 2.0, MAEPS Serdang?

Barang Yang Tidak Dibenarkan Bawa?

Walaupun banyak perkara boleh dilakukan disana, tetapi ada juga yang dilarang. Sekiranya dirampas, ianya tidak akan dipulangkan. Jadi antara yang dilaran adalah:

  • Larangan rokok elektronik (vape)
  • Rokok
  • Minuman keras
  • Haiwan peliharaan
  • Peralatan memasak
  • Daun terup
  • Senjata api
  • Bahan beracun
  • Alatan tajam
  • Plag tambahan

Apakah Yang Perlu Dibawa Jika Ditahan Di PKRC 2.0, MAEPS Serdang?

Post a Comment

Previous Post Next Post